MMS – umum |
| 1. |
Apakah itu MMS? |
| |
MMS ialah kata singkatan untuk Multimedia Messaging Service atau Perkhidmatan Pesanan Multimedia dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan satu servis penghantaran pesanan global yang membolehkan anda menghantar gambar dan/atau audio dan/atau teks (1,000 huruf*) menggunakan telefon mudah alih MMS atau mana-mana alamat e-mel. Anda juga boleh berkongsi video klip dengan rakan dan keluarga bila-bila masa sahaja!
* Bergantung pada telefon mudah alih yang digunakan. Model yang berbeza mungkin mempunyai kapasiti berlainan. |
|
|
| 2. |
Apakah perbezaan antara MMS dan SMS? |
| |
Dengan MMS, anda boleh menghantar foto, animasi yang digabungkan dengan bunyi atau teks pesanan yang lebih panjang, sehingga 1,000 huruf* untuk setiap pesanan. Pada masa yang sama, SMS hanya membolehkan anda menghantar mesej bergambar yang statik dengan lukisan/ kartun yang ringkas dan ia terhad kepada 160 huruf* sahaja untuk satu pesanan.
* Bergantung pada telefon mudah alih yang digunakan. Model yang berbeza mungkin mempunyai kapasiti berlainan. |
|
|
| 3. |
Apakah yang boleh saya hantar dengan MMS? |
| |
Anda boleh menghantar:
Teks – sehingga 1,000* huruf yang boleh ditambah dengan gambar dan bunyi
Gambar – animasi gif dan fail jpeg
Audio – suara atau klip muzik, sama ada dalam format wav atau midi
* Bergantung pada telefon mudah alih yang digunakan. Model yang berbeza mungkin mempunyai kapasiti berlainan. |
|
|
| 4. |
Adakah semua telefon mudah alih menyokong penggunaan MMS? |
|
Semua telefon terkini yang berada di pasaran menyokong penggunaan MMS. |
|
|
| 5. |
Bolehkah saya menggunakan MMS sekiranya saya mempunyai Kad SIM 8K atau 16K? |
| |
Tidak. Anda perlu meningkatkan Kad SIM anda pada Kad SIM 32K di mana-mana Pusat Perkhidmatan Pelanggan DiGi terlebih dahulu, kerana MMS hanya boleh digunakan pada Kad SIM 32K dan ke atas. Tiada caj yang akan dikenakan untuk melakukan peningkatan terhadap Kad SIM anda. |
|
|
| 6. |
Apakah itu GPRS? |
| |
GPRS ialah kata singkatan untuk General Packet Radio Service ataupun Perkhidmatan Radio Paket Umum dalam Bahasa Melayu. Anda cuma perlu memikirkan GPRS sebagai satu paip atau saluran yang digunakan untuk memindahkan pesanan MMS anda daripada satu telefon ke telefon yang lain. |
|
|
| 7. |
Adakah saya memerlukan GPRS untuk menikmati MMS? |
| |
Ya. Telefon mudah alih anda perlu diaktifkan GPRS terlebih dahulu sebelum anda boleh menggunakan MMS. Ia akan di aktifkan secara automatik apabila anda mengaktifkan MMS. |
|
|
| 8. |
Bagaimana untuk mengaktifkan GPRS sebelum boleh menggunakan MMS? |
| |
Anda tidak perlu mengaktifkan GPRS secara berasingan. Ia akan diaktifkan secara automatik apabila anda meminta untuk mengaktifkan MMS. |
|
|
| 9. |
Di mana saya boleh mendapat gambar sekiranya telefon MMS saya tidak dilengkapi dengan kamera? |
| |
Anda boleh memasukkan gambar yang terdapat pada galeri telefon anda atau muat turun sahaja daripada Pustaka Pesanan Multimedia(MML) dan terus hantarkan ia pada rakan dan keluarga. Sila kunjungi MML untuk memilih gambar percuma yang boleh dimuat turun dan hantar ke telefon mudah alih MMS dan/atau kepada alamat e-mel. |
|
|
| 10. |
Di mana saya boleh muat turun gambar sekiranya memori galeri/ telefon saya sudah penuh dan saya tidak mahu memadam gambar yang sedia ada? |
| |
Anda boleh menghantar gambar yang ingin anda simpan ke Pustaka Pesanan Multimedia (MML). Hantarkan gambar tersebut (dengan cara yang sama anda menghantar pada telefon yang lain) to 6016xxxxxxx (7-digit nombor telefon mudah alih anda)@mml.digi.com.my.
Untuk mengakses MML, klik di sini. |
| |
|
| 11. |
Telefon saya bukan merupakan telefon MMS. Bolehkah saya menghantar dan menerima pesanan MMS? |
| |
Anda tidak boleh menghantar pesanan MMS. Apabila seseorang menghantar pesanan MMS pada anda, anda akan menerima satu pemberitahuan melalui SMS. Guna ID pesanan yang terdapat pada SMS tersebut dan daftar masuk ke Legacy untuk melihat pesanan anda. Berikut sedikit contoh:
Anda telah menerima MMS. Anda boleh melihatnya di laman web www.digi.com.my atau pergi ke http:// legacy.digi.com.my:8080/mmcp/Controller?url=mmc1;message-id=3920
Untuk melihat:
Kunjungi www.digi.com.my > MMS
Pergi ke daftar masuk Legacy
Login ID - 6016xxxxxxx (7 digit nombor telefon mudah alih) / 014xxxxxxx (7 digit nombor telefon mudah alih)
ID pesanan - (seperti yang terdapat pada SMS)
Imej akan terpapar
Sila maklum anda cuma boleh melihat mesej tersebut SEKALI sahaja menggunakan ID Pesanan itu. Anda tidak boleh menggunakan ID yang sama untuk dua kali. Kami mengesyorkan agar anda menyimpan gambar tersebut pada komputer selepas melihatnya. |
| |
|
| 12. |
Jika saya tidak sengaja terpadam pemberitahuan SMS, adakah terdapat cara lain untuk membolehkan saya mendapat ID Pesanan? |
| |
Maaf, tiada. ID Pesanan hanya akan dihantar sekali sahaja.Untuk itu anda dinasihatkan untuk menyimpan mesej yang diterima. |
|
|
| 13. |
Adakah DiGi memberikan apa-apa imej percuma? |
| |
Ya. Sila kunjungi laman daftar masuk Pustaka Multimedia (MML) DiGi. Kemudian, masukkan butiran berikut:
ID Pengguna - 6016xxxxxxx / 6014xxxxxxx (nombor telefon mudah alih)
Kata laluan - 9999 (sedia ada)
Klik pada "Public" |
| |
|
| 14. |
Bolehkah saya menghantar pesanan MMS ke mana-mana alamat e-mel? |
| |
Ya. Anda boleh menghantar pesanan MMS ke mana-mana alamat e-mel, sama ada ia tempatan atau antarabangsa. |
| |
|
| 15. |
Jika saya menghantar pesanan MMS ke alamat e-mel, adakah penerima boleh membalas MMS tersebut terus ke alamat saya di 6016xxxxxxx@mms.digi.com.my/ 6014xxxxxxx@mms.digi.com.my? |
| |
Tidak. Penerima tidak boleh membalas ke alamat tersebut. |
| |
|
| 16. |
Bolehkah saya menghantar pesanan MMS kepada rakan-rakan yang berada di luar negara? |
| |
Ya, anda boleh berbuat demikian. |
| |
|
| 17. |
Bolehkah saya menghantar dan/atau menerima pesanan MMS semasa sedang melakukan perantauan? |
| |
Ya, anda boleh berbuat demikian. |
| |
*Peringatan: Caj Perantauan akan dikenakan apabila anda menghantar MMS semasa sedang melakukan perantauan. Caj MMS biasa akan dikenakan dengan tambahan caj perantauan. |
| |
|
| 18. |
Bagaimanakah saya akan dicaj? Adakah pesanan MMS dicaj berdasarkan mesej dihantar? |
| |
Ya. Pesanan MMS akan dicaj setelah ia dihantar, contohnya, anda akan dicaj apabila MMS itu diterima oleh rangkaian DiGi (bukannya apabila ia dihantar kepada penerima). Sebagai contoh, jika anda menghantar pesanan MMS kepada Encik Ali, MMS tersebut akan diterima oleh DiGi MMS Centre, maka anda akan dikenakan caj. |
| |
|
| 19. |
Jika saya kehilangan sambungan GPRS semasa menghantar pesanan MMS, adakah pesanan itu masih lagi dihantar dan adakah saya akan dikenakan caj? |
| |
Ia bergantung sama ada pesanan tersebut telah berjaya dihantar sebelum sambungan terputus. Jika pesanan tersebut selamat dihantar sebelum sambungan GPRS putus, anda akan dicaj. Jika berlaku sebaliknya, anda tidak akan dicaj. Walau bagaimanapun, kebanyakan telefon mudah alih akan menghantar MMS tersebut secara automatik apabila sambungan GPRS dijalinkan semula. |
| |
|
| 20. |
Jika pesanan MMS tidak dihantar disebabkan telefon penerima berada di luar kawasan liputan, ditutup, dll, adakah rangkaian akan menghantarnya semula? |
| |
Ya. Rangkaian DiGi akan secara automatik menghantar semula MMS tersebut dalam tempoh masa 72jam (3 hari). |
| |
|
| 21. |
Apakah saiz maksimum untuk fail MMS yang boleh saya hantar menerusi telefon MMS saya? |
| |
Anda boleh menghantar mesej MMS domestik dengan saiz fail sehingga 300KB dan mesej MMS antarabangsa dengan saiz fail sehingga 100KB. |
| |
|
| 22. |
Kenapakah saya tidak boleh memasukkan audio pada pesanan MMS tersebut? |
| |
Ia bergantung kepada telefon mudah alih tersebut. Ini bermakna sesetengah telefon mudah alih menyokong penggunaan audio sementara yang selebihnya, tidak. Sila maklum bahawa telefon yang berlainan mungkin menyokong standard yang berlainan untuk klip audio. Untuk itu, rakan anda mungkin tidak boleh mendengar klip audio tersebut walaupun dia telah berjaya menerimanya. |
| |
|
| 23. |
Bolehkah saya muat turun klip video menggunakan telefon MMS saya? |
| |
Ya. Asalkan telefon MMS anda telah direka agar ia dapat menyokong penggunaan fungsi tersebut. |