|
|
1. |
Apakah
itu servis CallerTunes™? |
|
Ia merupakan satu servis yang
membolehkan anda menukar nada
penyambungan yang biasa ("toot-toot")
kepada lagu, skrip kelakar ataupun
kesan bunyi khas, untuk menghiburkan
pemanggil sebelum anda dapat menjawab
panggilan tersebut. |
|
|
2. |
Siapakah
yang boleh menggunakan servis
ini? |
|
Servis ini terbuka pada semua
pengguna DiGi Postpaid dan
Prabayar. |
|
|
3. |
Perlukah
saya menukar telefon mudah alih
sedia ada untuk menggunakan servis
CallerTunes™? |
|
Tidak. Servis ini tidak memerlukan
anda menukar telefon mudah alih
sedia ada. Setelah CallerTunes™
diaktifkan, ia akan berfungsi
pada semua jenis telefon mudah
alih. |
|
|
4. |
Berapa
lamakah saya perlu menunggu, kemudian
baru boleh menikmati CallerTunes™
selepas melanggan servis tersebut? |
|
CallerTunes™ akan diaktifkan
serta merta setelah dilanggan
dan pengaktifan yang berjaya dilakukan.
Satu CallerTunes™ praset
oleh DiGi, akan dimainkan untuk
menggantikan nada penyambungan
yang biasa. |
|
|
5. |
Bolehkah saya menukar kembali nada
dering biasa selepas saya memilih
CallerTunes™, tanpa menamatkan
servis tersebut? |
|
Tidak. Anda tidak boleh menukar
kembali pada nada dering biasa,
sehinggalah anda menyahaktifkan
servis tersebut. |
|
|
6. |
Bagaimana
untuk mendengar, menukar atau
memilih CallerTune™ selepas
saya melanggan ke servis tersebut? |
|
Anda boleh menukar atau menambah
nada baru pada semua paparan seperti: :my
JukeBox, my TimeZone dan my CallerGroup,
bila-bila masa menggunakan kaedah
berikut:
(a) Hantar SMS "CT buy"
ke 2000;atau
(b) Daftar masuk ke laman WAP
DiGi;atau
(c) Daftar masuk ke Laman Web
DiGi melalui Khidmat Pelanggan
Online (OCS). |
| |
|
| |
|
8. |
Adakah
saya akan dikenakan caj jika saya
menukar masa mula/tamat my TimeZone
ataupun penetapan untuk CallerGroup? |
|
Tiada kos tambahan akan dikenakan
untuk menukar masa mula/tamat TimeZone
anda ataupun penetapan nombor telefon
untuk CallerGroup. |
|
|
9. |
Jika saya
melanggan servis tersebut pada
15 April, bilakah tarikh berikutnya
untuk penolakan caj langganan? |
|
Caj langganan dibuat dalam perkiraan
sebulan. Jika anda melanggan pada
15 April, penolakan yang seterusnya
akan dilakukan pada 15 Mei. |
|
|
10. |
Apakah paparan yang terdapat, jika
saya menggunakan laman web CallerTunes™? |
|
Terdapat paparan berikut:
• MyProfile -
untuk menguruskan CallerTunes™
anda.
• MyMall
- untuk mencari dan mendapatkan
lebih banyak lagu.
• MyLog -
untuk melihat transaksi yang lepas.
• MyStatus -
untuk menukar status CallerTunes™.
|
|
|
11. |
Bolehkah
saya tetapkan masa yang disukai
untuk TimeZone? |
|
Ya, anda boleh menetapkan masa
yang disukai, kerana penetapan
tersebut tidak ditetapkan oleh
DiGI. Sila pastikan kedua-dua
slot masa untuk TimeZone tersebut
tidak bertindih antara satu sama
lain. Selain itu, anda juga wajib
untuk memasukkan masa yang dikehendaki.
Jika masa tidak dikhususkan, lagu
CallerTunes™ anda tidak
akan dimainkan. |
|
|
12. |
Apakah
nombor telefon maksimum yang boleh
dimasukkan untuk satu CallerGroup? |
|
Maksimum lima (5). Anda boleh mengedit
mana-mana nombor yang dikehendaki,
bila-bila masa yang anda mahu. Sila
simpan penetapan tersebut, setelah
selesai. Anda juga diwajibkan untuk
memasukkan senarai nombor telefon
yang dikehendaki. Jika semuanya
dibiarkan kosong, lagu tidak akan
dimainkan. |
|
|
13. |
Bolehkah saya khususkan senarai
nombor telefon saya untuk CallerGroup? |
|
Ya. Anda boleh mengkhususkan
nombor yang dikehendaki, kerana
ia tidak akan ditetapkan oleh
DiGi. |
|
|
14. |
Bagaimanakah
servis ini akan berfungsi, sekiranya
saya menggunakan semua penetapan
berikut? |
|
Ia akan bergantung pada keutamaan
berikut:
Keutamaan pertama - CallerGroup
Keutamaan kedua - TimeZone
Keutamaan ketiga - JukeBox
Jika semua di atas tidak ditetapkan,
satu CallerTunes™ yang ditetapkan
oleh DiGi, akan dimainkan. |
| |
|
15. |
Adakah saya boleh menggunakan servis
CallerTunes™ walaupun semasa
saya sedang melakukan perantauan? |
|
Anda boleh menikmati servis
tersebut, walapun semasa anda
sedang melakukan perantauan. Walau
bagaimanapun, ia akan bergantung
pada rangkaian antarabangsa tersebut. |
|
|
16. |
Jika saya menukar nombor telefon
mudah alih, perlukah saya mengaktifkan
servis CallerTunes™ semula? |
|
Tidak. Anda tidak perlu mengaktifkan
semula servis CallerTunes™
jika anda menukar nombor pasca
bayar ke nombor pasca bayar juga.
Pengaktifan CallerTunes™
akan dilakukan selepas 24 jam. |
|
|
17. |
Jika saya menukar pelan Prabayar
saya ke Pasca Bayar, perlukah saya
mengaktifkan servis CallerTunes™
semula? |
|
Tidak. Anda tidak perlu mengaktifkan
semula servis CallerTunes™
jika anda menukar daripada pelan
Prabayar ke Pasca Bayar dan masih
lagi menggunakan nombor telefon
yang sama. Pengaktifan CallerTunes™
akan dilakukan secara automatik,
2 jam selepas anda mengaktifkan
pelan pasca bayar tersebut. |
|
|
18. |
Bagaimanakah
untuk mula menggunakan CallerTunes™? |
|
Sila klik di sini untuk mengetahui
bagaimana untuk mengaktifkan dan
seterusnya menggunakan CallerTunes™. |
|
|
19. |
Apakah
caj yang dikenakan? |
|
Sila rujuk pada ruangan caj
kami untuk mendapatkan maklumat
lanjut. |
|
|
20. |
Apakah
yang akan terjadi sekiranya saya
membatalkan langganan servis CallerTunes™
dalam masa kurang daripada sebulan? |
|
Tiada kadar pro-rata yang akan dilakukan
untuk caj langganan CallerTunes™.
Sebagai contoh, jika anda melanggan
CallerTunes™ pada hari pertama
bulan tersebut dan membatalkan
servis itu pada 15 haribulan dalam
bulan yang sama, maka servis CallerTunes™
anda akan dibatalkan dengan serta
merta. Walau bagaimanapun, anda
masih dikenakan caj bulanan yang
penuh. |
|
|
21. |
Apakah
yang akan terjadi sekiranya akaun
prabayar saya mempunyai baki yang
tidak mencukupi apabila DiGi mahu
menolak caj langganan bulan yang
seterusnya? |
|
Servis CallerTunes™ anda
akan digantung, bermakna anda
tidak boleh menikmati servis tersebut.
Sila lakukan isian semula pada
akaun prabayar anda, untuk mengaktifkan
semula servis CallerTunes™. |
|
|
22. |
Adakah
pengguna prabayar perlu mempunyai
jumlah minimum dalam akaun mereka,
sebelum mereka boleh membeli CallerTunes™? |
|
Asalkan akaun anda mempunyai baki
minimum RM5 selepas membeli CallerTunes™,
itu sudah mencukupi. |
|
|
23. |
Adakah terdapat sebarang had, untuk
berapa kali saya boleh membeli CallerTunes™? |
|
Ya. Pengguna pasca bayar hanya boleh
menggunakan maksimum RM50 dalam
satu transaksi, manakala pengguna
prabayar hanya boleh menggunakan
maksimum RM100 dalam satu transaksi. |
|
|
24. |
Di mana boleh saya dapatkan bantuan
atau maklumat lanjut mengenai CallerTunes™? |
|
Anda boleh menghubungi Khidmat
Pelanggan DiGi di talian 016 -
221 1800. |
|
|
25. |
Apakah
caj yang dikenakan jika pembelian
lagu dilakukan melalui SMS? |
|
Anda akan dikenakan caj sebanyak
RM0.15 untuk setiap SMS yang dihantar
ke 2000. Tiada caj yang dikenakan
untuk menerima SMS balas daripada
2000.
Satu caj normal pengaktifan
dan caj untuk kandungan akan dikenakan. |
|
|
26. |
Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan
semula CallerTunes™, jika
saya mempunyai status digantung? |
| |
Anda boleh mengaktifkan semula
CallerTunes™ melalui SMS.
Hantarkan CT OFF ke 2000 dan sahkan
dengan menaip YES. Ini merupakan
satu-satunya kaedah untuk melakukan
pengaktifan semula jika anda mempunyai
status digantung. |
| |
|