Berikut merupakan satu cara mudah untuk membayar bil bulanan anda dan pada masa yang sama, anda akan menikmati rebat sebanyak RM5 sebulan.
Anda cuma perlu mendaftar untuk pembayaran automatik melalui kad kredit – American Express, Diners Club, Master Card atau Visa. Jika anda telah memilih pembayaran bil automatik sebagai kaedah pembayaran, anda juga boleh menukar ke pembayaran automatik bila-bila masa yang anda mahu.
Tak perlu beratur, tak perlu bersusah-payah dan lebih hebat, ada pemberian rebat setiap bulan. Tiada lagi cara yang lebih mudah untuk anda membayar bil!
Untuk mendaftar, kunjungi mana-mana Pusat Perkhidmatan Pelanggan DiGi atau DiGi Specialised Store yang terdekat.
|