| |
1 |
Adakah saya akan dicaj untuk menerima mesej SMS? |
| |
|
Tidak. Anda tidak akan dicaj untuk menerima SMS. |
| |
|
|
| |
2 |
Saya tidak boleh menghantar SMS melalui telefon mudah alih saya. Bagaimana saya nak aktifkan SMS? |
| |
|
Fungsi SMS dalam Kad SIM anda seharusnya diaktifkan secara automatik. Walau bagaimanapun, jika ia tidak berlaku, anda hanya perlu menetapkan Nombor Pusat Pesanan i.e. 016-299 9902 untuk mengaktifkannya |
| |
|
|
| |
3 |
Berapakah caj yang dikenakan untuk menghantar pesanan SMS? |
| |
|
Jika anda menghantar SMS daripada telefon mudah alih 016/0146/0143 ke telefon 016/0146/0143, anda akan dicaj sebanyak RM 0.07 sen untuk setiap SMS. SMS yang dihantar daripada telefon mudah alih 016/0146/0143 ke rangkaian yang lain akan dicaj RM 0.15 untuk setiap SMS. Kesemua SMS Antarabangsa akan dicaj RM0.20 sahaja. |
| |
|
|
| |
4 |
Bolehkah saya menghantar SMS dari Malaysia ke telefon mudah alih rakan saya yang berada di luar negara? |
| |
|
Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, and harus memastikan rangkaian luar negara itu menyokong servis SMS. |
| |
|
|
| |
5 |
Bolehkah saya menghantar SMS ke telefon mudah alih yang terdapat pada rangkaian lain di Malaysia? Bagaimana saya nak lakukannya? |
| |
|
Ya. Anda boleh menghantar SMS ke rangkaian yang lain seperti Maxis atau Celcom. Penghantaran SMS antara rangkaian tidak mempunyai apa-apa perbezaan dengan penghantaran SMS biasa. Anda cuma perlu pastikan anda memasukkan prefiks yang tepat cth. 012, 017, dll apabila anda menekan nombor telefon yang akan menerima SMS tersebut. |
| |
|
|
| |
6 |
Bolehkah saya menghantar SMS ke telefon mudah alih di rangkaian antarabangsa? |
| |
|
Ya. Anda cuma perlu memasukkan kod akses diikuti dengan prefiks untuk rangkaian tersebut dan juga nombor telefon. Sila maklum bahawa servis ini hanya boleh digunakan dengan rangkaian yang bersesuaian. |
| |
|
|
| |
7 |
Berapa banyak pesanan SMS yang boleh disimpan dalam peti mel saya? |
| |
|
Ini bergantung pada kapasiti Kad SIM anda. Kad SIM 8K boleh menyimpan 10 mesej yang mempunyai 160 karakter dan kad SIM 32K boleh menyimpan sehingga 20 mesej yang mempunyai 160 karakter. |
| |
|
|
| |
8 |
Bolehkah saya menghantar SMS ke rakan yang berada di China? |
| |
|
Ya. Anda boleh menghantar SMS ke mana-mana pengguna rangkaian yang berada di China asalkan rangkaian itu menawarkan perkhidmatan SMS pada pelanggannya. |
| |
|
|
| |
9 |
Bolehkah saya menghantar SMS ke rakan saya yang berada di luar negara selain daripada negara China? |
| |
|
Ya. Asalkan rangkaian penerima itu berada dalam senarai rangkaian rakan antarabangsa DiGi. (Sila rujuk pada senarai Rakan Rangkaian Antarabangsa DiGi). Selain itu, rangkaian itu juga perlu menawarkan perkhidmatan SMS kepada pengguna, agar rakan anda boleh menerima SMS. |
| |
|
|
| |
10 |
Adakah saya akan dicaj sekiranya saya menghantar SMS ke rakan yang berada di China tetapi dia tidak dapat menerima SMS itu? |
| |
|
Adakah saya akan dicaj sekiranya saya menghantar SMS ke rakan yang berada di China tetapi dia tidak dapat menerima SMS itu? |
| |
|
|