1 |
Apakah itu kad telefon chatz™ IDD/STD? |
|
|
Kad telefon chatz™ IDD/STD ialah satu Kad Telefon Prabayar yang membolehkan anda membuat panggilan antarabangsa atau luar, pada kadar yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar diwartakan. Anda juga boleh menetapkan had pada caj panggilan antarabangsa atau luar dengan kad telefon chatz™ IDD/STD. |
| |
|
|
2 |
Perlukah saya mendaftar dengan DiGi sebelum menggunakan servis ini? |
| |
|
Tidak. Sesiapa sahaja boleh membeli kad telefon chatz™ IDD/STD dan terus menghubungi nombor akses (yang dicetak pada kad) dan mengikuti arahan suara untuk membuat panggilan ke luar negara. |
|
|
|
3 |
Bolehkah saya menggunakan kad telefon chatz™ IDD/STD pada mana-mana telefon, contohnya telefon mudah alih dan talian tetap? |
| |
|
Anda boleh membuat panggilan menggunakan telefon talian tetap dan mudah alih, asalkan telefon ini tergolong di dalam kategori telefon nada-sentuh. Anda juga boleh menggunakan telefon mudah alih rakan anda, telefon rumah dan telefon pejabat, ataupun membuat panggilan daripada telefon hotel. |
| |
|
|
4 |
Adakah saya akan dicaj sekiranya saya menghubungi nombor 1800 28 2828? |
| |
|
Anda tidak akan dikenakan caj sekiranya anda memanggil 1800 28 2828 daripada talian tetap. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memanggil 1800 28 2828 dengan menggunakan telefon mudah alih, caj panggilan tempatan akan dikenakan pada pelan prabayar/pasca bayar anda. |
| |
|
|
5 |
Apakah jumlah yang terdapat pada kad telefon chatz™ IDD/STD? |
| |
|
Anda boleh memilih jumlah RM10, RM30, RM50 & RM100. |
| |
|
|
6 |
Di mana boleh saya membeli kad telefon chatz™ IDD/STD? |
| |
|
Anda boleh membeli kad telefon chatz™ IDD/STD di Pusat Perkhidmatan Pelanggan DiGi, 7-Eleven dan kedai serbaneka yang lain, kaunter e-pay, Whoops! Terminals, MOLePoints dan stesen minyak yang terpilih atau mana-mana wakil pengedar yang sah. |
| |
|
|
7 |
Bolehkah saya menggunakan kad telefon chatz™ IDD/STD di mana-mana saja seluruh dunia? |
| |
|
Ya. Anda boleh memanggil dari mana-mana negara seluruh dunia dengan kad telefon chatz™ IDD/STD. |
| |
|
|
8 |
Negara-negara manakah yang mempunyai kadar promosi chatz™? |
|
|
14 buah negara berikut mempunyai kadar promosi chatz™:
1. Australia
2. Bangladesh
3. Brunei
4. China
5. India
6. Indonesia
7. Jepun
8. Myanmar
9. New Zealand
10. Pakistan
11. South Korea
12. Taiwan
13. Thailand
14. United Kingdom |
| |
|
|
| 9 |
Apakah kadar yang ditetapkan bagi panggilan ke talian Tetap/Mudah Alih bagi negara-negara yang tersenarai di atas? |
| |
|
| Negara |
Kadar Lama |
Kadar Baru Berkesan |
| Tetap |
Mudah Alih |
Tetap |
Mudah Alih |
AUSTRALIA |
0.15 |
0.95 |
0.20 |
0.90 |
BANGLADESH |
0.70 |
0.70 |
0.59 |
0.59 |
BRUNEI |
0.40 |
0.40 |
0.35 |
0.40 |
CHINA |
0.15 |
0.15 |
0.13 |
0.13 |
INDIA |
0.60 |
0.60 |
0.54 |
0.54 |
INDONESIA |
0.60 |
0.60 |
0.45 |
0.60 |
JAPAN |
0.25 |
1.00 |
0.20 |
0.85 |
MYANMAR |
1.10 |
1.70 |
1.25 |
1.45 |
NEW ZEALAND |
0.25 |
1.20 |
0.20 |
1.00 |
PAKISTAN |
0.60 |
0.60 |
0.55 |
0.55 |
SOUTH KOREA |
0.25 |
0.50 |
0.20 |
0.40 |
TAIWAN |
0.15 |
0.55 |
0.15 |
0.50 |
THAILAND |
0.40 |
0.40 |
0.35 |
0.35 |
UNITED KINGDOM |
0.20 |
1.07 |
0.15 |
0.85 |
|
|
| |
|
|
| 10 |
Apakah blok caj yang dikenakan sepanjang tempoh promosi ini? |
| |
|
Blok caj kekal sama pada 20 saat setiap blok. |
| |
|
|
| 11 |
Adakah promosi ini terbuka kepada semua pengguna kad panggilan chatz™ IDD? |
| |
|
Ya, ia terbuka kepada semua pengguna kad panggilan chatz™ IDD. |
| |
|
|
| 12 |
Bagaimanakah caj dikenakan bagi Akses Bebas Tol chatz™ dan servis Missed Callback berdasarkan kadar promosi ini? |
| |
|
Kadar yang dirujuk semula dapat diguna pakai bagi semua pelanggan kad panggilan chatz™ IDD yang menggunakan akses Tol Bebas chatz™ (Talian Tetap). Bagi pelanggan chatz™ yang menggunakan perkhidmatan Missed Callback, caj tambahan sebanyak 12sen/min akan dikenakan. Walau bagaimanapun, pelanggan DiGi yang menggunakan Missed Callback chatz™ tidak perlu membayar caj tambahan tersebut berikutan promosi Missed Callback chatz™ sejak 1 April 2007. |
| |
|
|
| 13 |
Adakah terdapat tempoh masa peringkat puncak dan lepas puncak? |
| |
|
Tidak, kadar chatz™ IDD adalah diguna pakai pada kadar rata pada bila-bila masa sepanjang hari. |
| |
|
|
| 14 |
Apakah tempoh sah bagi promosi ini? |
| |
|
Promosi ini bermula pada 3 September 2007 dan tamat pada 31 Mei 2008. |
| |
|
|
15 |
Bagaimanakah untuk melakukan ‘missed callback’ melalui telefon mudah alih? |
|
|
Pengguna perlu mendaftar chatz™ pada talian mudah alih mereka, sebelum menggunakan ‘missed callback’. |
| |
|
|
16 |
Bagaimana untuk mendaftar chatz™ pada pengguna talian mudah alih? |
|
|
Langkah-langkah untuk mendaftar:
- Pilih Messages daripada talian mudah alih
- Taip REG<ruang>P<nombor PIN chatz> R<nombor telefon mudah alih untuk didaftarkan>
(Cth., REG P123456789101112R0163338888)
- Hantar ke 016 226 0066
|
| |
|
|
17 |
Bagaimanakah untuk melakukan ‘missed callback’ melalui telefon mudah alih? (Selepas mendaftar chatz™ pada talian mudah alih) |
|
|
Langkah-langkah untuk melakukan ‘missed callback’:
- Dail 1800 28 1218 menggunakan telefon yang telah didaftarkan dengan chatz.
- Setelah anda mendengar nada dering, pelayan akan segera memutuskan talian.
- Letak telefon dan tunggun untuk server menghubungi anda semula.
- Jawab panggilan tersebut.
- Taip nombor destinasi diikuti dengan # dan tunggu untuk panggilan disambungkan.
(Cth. 00448880000016#) |
| |
|
|
18 |
Adakah terdapat sebarang caj untuk menggunakan ciri ‘missed callback’? |
|
|
Ya. Caj 12sen/min akan dikenakan bersama kadar negara apabila anda menggunakan sistem Missed Callback chatz™. Sila maklum bahawa jumlah tersebut hanya akan ditolak daripada kada chatz sahaja dan tidak memberi kesan pada kredit DiGi Prepaid apabila menggunakan sistem Missed Callback. Walau bagaimanapun, pelanggan DiGi yang menggunakan Missed Callback chatz™ tidak perlu membayar caj tambahan tersebut berikutan promosi Missed Callback chatz™ sejak 1 April 2007. |
| |
|
|
19 |
Bagaimana dengan pengguna chatz™ yang lain? Bolehkah mereka mendaftar dan menikmati ciri missed callback tersebut? |
|
|
Pengguna lain boleh mendaftar mana-mana nombor telefon mudah alih daripada operator lain dan menggunakan sistem missed callback dan dikenakan caj 12 sen seminit untuk kos caj penyambungan dalaman.
|
| |
|
|