Terima kasih atas kesabaran anda sepanjang tempoh masa peningkatan dijalankan. Peningkatan telah berjaya dan kami bersedia untuk menawarkan perkhidmatan DiGi yang lebih baik untuk anda. Berikut adalah antaranya!

Birthday Bonus
Nikmati Birthday Bonus™ sehingga RM150 pada hari jadi anda! Masa berbual PERCUMA akan dikreditkan ke dalam baki semasa (tidak boleh dipindah melalui Talktime Transfer™). Untuk menyemak bonus anda, taip 128*1*5# dan tekan butang panggil.

SMS / MMS / GPRS / Rangkaian Ciri Hebat Tambahan
Untuk penghantaran dan penggunaan SMS, MMS, GPRS atau sebarang rangkaian ciri hebat tambahan yang berjaya, sila pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.

Penjimatan Yang Diperibadikan
Untuk terus menikmati kadar istimewa dengan penjimatan yang diperibadikan kami, sila pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk yuran langganan bulanan.
Langganan untuk pelan/pakej akan diaktifkan semula secara automatik apabila nilai kredit isian semula mencukupi untuk membayar pemotongan yuran pembaharuan langganan.

Friends and Family™
Tempoh tamat atau sah kredit akan mempengaruhi sama ada anda boleh menambah/ membuang nombor Friends and Family™/Friends and Family Plus™/ Super FnF™.
Langganan semula atau pertukaran langganan antara sebarang pelan/pakej tidak lagi memerlukan kemasukan semula nombor-nombor Friends and Family™/Friends and Family Plus™/ Super FnF™.

Super SMS™
Untuk menikmati SMS PERCUMA (Super SMS™), hanya SMS tempatan ke semua rangkaian dimasukkan ke dalam penggunan harian RM0.50 (tidak termasuk SMS Friends and Family™ dan antarabangsa).

Store Reload™
Kredit Store Reload™ (hanya apabila penggunaannya diaktifkan) akan dimasukkan dalam mata Reload Bonus™ terkumpul.

Bagi memastikan gangguan perhubungan tidak berlaku, semua baki tertinggal (jika ada) dari Store Reload™ akan diaktifkan secara automatik untuk penggunaan selepas 90 hari dari tarikh tamat tempoh sah.