Dapatkan ganjaran apabila anda memilih pengebilan auto Digi dengan Mastercard

Home

Press Release


August 11, 2021

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Dapatkan ganjaran apabila anda memilih pengebilan auto Digi dengan Mastercard

Rebat bil dan baucar Shopee untuk pendaftaran baru

SUBANG JAYA, 11 Ogos 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini melancarkan kempen pengebilan auto dengan MasterCard, yang memberikan pelanggan rebat sebanyak lima peratus daripada bil bulanan mereka selama enam bulan. Pelanggan juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM10* secara percuma apabila mereka mendaftar untuk perkhidmatan pengebilan auto dengan Mastercard dari sekarang hingga 30 November 2021.

Kempen ini bertujuan memberi pelanggan pilihan yang lebih mudah dan menikmati proses pembayaran bil yang lancar agar mereka dapat kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting.

Pelanggan boleh mendaftar dan mengaktifkan ciri pengebilan auto dengan mudah melalui:

Laman Web Digi
Langkah 1: Log masuk ke akaun anda di www.digi.com.my
Langkah 2: Klik ‘Manage Auto-Billing’ untuk akaun Pascabayar anda
Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk kad debit atau kad kredit Mastercard anda dan klik 'Save'
Langkah 4: Klik pada ‘Enable Auto-Billing’

Aplikasi MyDigi
Langkah 1: Klik pada ‘Tetapan’ di halaman Penggunaan
Langkah 2: Klik pada ‘Pembayaran Saya’ untuk menyimpan maklumat kad kredit atau debit
Langkah 3: Log masuk dengan kata laluan sebelum menyimpan maklumat kad
Langkah 4: Klik pada butang ‘+’ di sudut kanan atas
Langkah 5: Teruskan dengan mengisi maklumat kad kredit atau debit
Langkah 6: Klik pada ‘Tambah Kad’ dan aktifkan ‘Tetapkan sebagai Auto Bil’

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Pengebilan Auto Mastercard atau untuk mendaftar, layari https://digi.my/mastercard-autobilling.

* Baucar boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi.