Digi ajak rakyat derma peranti terpakai menerusi kempen #MYBaikHati bagi membantu pelajar B40 dalam e-pembelajaran

Home
Press Release
March 17, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Kempen pendermaan sepanjang setahun ini bermula di Lembah Klang dengan dua cara mudah untuk semua

SUBANG JAYA, 18 MAC 2021 - Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai #MYBaikHati, sebuah kempen pengumpulan peranti secara penyumberan orang ramai (crowdsourcing). Kempen ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih baik bagi pembelajaran digital dan peluang yang sama rata kepada pelajar daripada komuniti berpendapatan rendah (B40) supaya mereka dapat terus maju di zaman digital ini.

Melalui kempen #MYBaikHati, Digi akan mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba daripada masyarakat sekitar termasuk pelanggan serta kakitangannya untuk diperbaharui dan diedarkan kepada para pelajar di kalangan B40. Kempen setahun yang dilancarkan semalam bermula di Lembah Klang, dan akan dikembangkan ke seluruh negara kelak.

Menurut Philip Ling, Ketua Bahagian Kelestarian Digi, kempen #MYBaikHati ini selaras dengan komitmen Yellow Heart Digi yang bermatlamat untuk mengukuhkan usaha inklusiviti digital dan mengurangkan ketidaksamarataan di kalangan pelajar melalui akses yang setara bagi pembelajaran dalam talian.

“Pandemik Covid-19 telah menekankan kepentingan akses internet yang mampu milik serta peranti digital yang bersesuaian bagi pelajar untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian. Digi akan terus berusaha keras menambah baik kesalinghubungan internet di seluruh negara keranakami percaya matlamat untuk merapatkan jurang digital boleh dicapai dengan lebih cekap- menerusi usaha sama orang ramai. Kempen #MyBaikHati ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia memainkan peranan mereka dalam mewujudkan impak yang berterusan bagi masa depan para pelajar.”

Cara untuk menderma
Untuk menyertai kempen ini, rakyat Malaysia yang berada di Lembah Klang boleh menderma dengan cara dua pilihan mudah:

  • Daftar minat untuk menderma di halaman kempen Yellow Heart #MYBaikHati dan mengatur masa pengutipan peranti; atau
  • Serahkan peranti di tempat pengumpulan terpilih Digi iaitu di Digi Store Klang atau Digi Store Cheras.

Jenis peranti yang diterima adalah telefon pintar, tablet yang menyokong teknologi 4G, Chromebook dengan Windows 8 ke atas serta komputer riba, dan disarankan untuk diserahkan bersama pengecas peranti tersebut. Peranti yang diterima mestilah dalam keadaan yang masih berfungsi dan tiada kerosakan besar, manakala peranti yang tidak memenuhi syarat akan dilupuskan dengan cara yang bertanggungjawab.

Kesemua peranti yang didermakan akan dinilai, dibaik pulih dan seterusnya diedarkan kepada pelajar B40 yang layak di Pusat Internet Komuniti (PIK) Digi yang terpilih. Pelajar daripada golongan berpendapatan rendah boleh menyemak kelayakan mereka di PIK terdekat, yang mana nama mereka akan disahkan berdasarkan senarai B40 yang disediakan oleh kerajaan.

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan semalam, #MYBaikHati merupakan inisiatif bersama sektor telekomunikasi untuk mengumpul peranti terpakai daripada orang ramai demi membantu memudahkan pembelajaran digital untuk pelajar dalam komuniti B40.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyBaikHati dan cara menderma, layari www.digi.com.my/yellow-heart/MyBaikHati.