Digi Business melancarkan UltraPOS, Terminal Pembayaran Semua dalam 1 yang terpantas

Home
Press Release
December 15, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

SUBANG JAYA, 15 Disember 2021 – Digi Business mengumumkan ketersediaan Terminal Pembayaran Semua dalam 1 UltraPOS yang merupakan penambahan baharu bagi portfolio pakej Go Digital. Tawaran produk terbaharu ini merupakan antara inisiatif Digi untuk membantu PKS menimba manfaat daripada pendigitalan perniagaan mereka.

Dengan Terminal Pembayaran Semua dalam 1 UltraPOS, para peruncit dan peniaga di Malaysia boleh mengoptimumkan operasi perniagaan masing-masing sambil menguruskan transaksi bayaran harian mereka dengan lebih efisien. Terminal pembayaran ini menawarkan perniagaan:

  • Tempoh pemprosesan bayaran yang amat pantas (ultra-fast), membolehkan transaksi disempurnakan dalam masa 3 saat menerusi rangkaian berkelajuan tinggi Digi.
  • Kadar Diskaun Peniaga (MDR) yang amat rendah (ultra-low) dan paling kompetitif di pasaran meningkatkan penjimatan buat perniagaan.
  • Sangat memudahkan (ultra-easy), malah pemilik perniagaan juga boleh berlapang dada dengan adanya khidmat sokongan 24/7 percuma bagi tempoh 2 tahun yang pertama. Khidmat pertukaran 1 untuk 1 bagi terminal bayaran yang rosak (satu-satunya yang ditawarkan di pasaran) dapat membantu peniaga mengelakkan tempoh gendala selain menjamin operasi perniagaan yang lancar.

Terminal Pembayaran Semua dalam 1 UltraPOS ini dapat digunakan bersama pelbagai platform transaksi tanpa tunai di Malaysia, termasuk perkhidmatan kod QR dan bayaran e-Dompet (Alipay, Boost, GrabPay, Maybank QRPay, Touch ‘n Go, dan WeChat Pay) serta kad bank (Amex, JCB, Mastercard, MyDebit, UnionPay dan Visa).

Eugene Teh, Ketua Pegawai Perniagaan Digi berkongsi, “Digi Business sentiasa menyokong visi Bank Negara dalam mempromosikan lebih banyak alternatif yang dapat memupuk gaya hidup tanpa tunai yang selamat di Malaysia, dan ia dicerminkan melalui produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Sebagai rakan kongsi digital yang dipercayai, kami terus berusaha untuk menambah baik portfolio pakej Go Digital kami menggunakan alatan yang sesuai lagi efektif dari segi kos yang boleh membantu PKS tempatan mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih efisien selain mempersiapkan mereka untuk menghadapi fasa pertumbuhan digital yang seterusnya.”

Pemilik perniagaan kini boleh meningkatkan produktiviti mereka dengan mendaftar untuk pelan Go Digi Postpaid 98 dan menerima Terminal Pembayaran Semua dalam 1 UltraPOS secara PERCUMA dengan SIM jalur lebar M2M tanpa kos tambahan atau yuran sewaan bulanan. Sebagai promosi pelancaran, para pelanggan juga dapat menikmati MDR 0% bernilai RM200 yang akan direbatkan kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.digi.com.my/digital-solution/ultrapos.