Digi Business membantu perniagaan kecil di Malaysia dengan solusi digital bernilai lebih RM150,000

Home
Press Release
July 28, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Kerjasama bersama Astro Radio dalam program #KamiCareMbiz bagi membantu usahawan kecil mendigitalkan perniagaan mereka
  • Perniagaan terpilih akan diberikan pelan mudah alih serta alatan digital yang asas oleh Digi Business

SUBANG JAYA, 29 Julai 2021 – Digi Business pada hari ini menekankan komitmennya untuk membantu para pemilik perniagaan kecil dan mikro di Malaysia ketika masa yang mencabar ini dengan solusi digital serta pelan mudah alih yang bernilai lebih daripada RM150,000 bagi membantu pemilik perniagaan memanfaatkan keupayaan digital.

Untuk melanjutkan lagi sokongannya kepada para pemilik perniagaan ini, Digi Business telah berganding bahu bersama Astro Radio dalam program #KamiCareMbiz, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan dengan menghebahkan produk dan perkhidmatan perniagaan tersebut melalui saluran milik Astro radio yang berbilang bahasa seperti ERA, MY, HITZ, MIX, Sinar, Lite, RAAGA, Gegar, Melody, Zayan, GoXuan, dan Syok.

“Program #KamiCareMbiz telah mewujudkan kesedaran secara efektif terhadap pelbagai perniagaan melalui promosi percuma di udara, dan kami ingin melanjutkan lagi sokongan yang diberikan kepada perniagaan ini. Peraturan demi peraturan telah dikuatkuasakan setakat ini yang membataskan pergerakan kita, justeru usahawan kecil dan mikro perlu memanfaatkan alatan dan pendekatan digital untuk menjamin kelangsungan perniagaan mereka. Kami komited untuk menjadi rakan digital yang diyakini dan ingin membantu mereka bangkit semula,” ujar Eugene Teh, Ketua Pegawai Perniagaan Digi.

Pemilik perniagaan yang terpilih melalui program #KamiCareMbiz akan menerima pakej solusi digital dan pelan mudah alih daripada Digi Business. Ia meliputi akses ke atas alatan digital seperti AVANA, altHR dan Omni, selain menerima manfaat geran Digitalisasi PKS PENJANA.

Untuk mengambil bahagian, pemilik perniagaan perlu membuat penyertaan dan menjawab bagaimana solusi digital Digi Business boleh membantu perniagaan mereka. Kunjungi laman web setiap saluran radio yang berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

Di samping itu, Digi Business juga sedang meneruskan usahanya untuk membantu pemilik perniagaan melangkah ke dunia digital, agar mereka dapat menjimatkan kos, meningkatkan produktiviti, dan bersedia untuk mengikuti arus pertumbuhan dalam ekonomi digital. Pakej Go Digital merangkumi solusi serba lengkap yang asas bagi pendigitalisasian, termasuk pemasaran digital, solusi keterhubungan dan alatan produktiviti. Digi Business juga akan membantu pemilik perniagaan yang berkelayakan untuk mendapatkan tuntutan setinggi RM5,000 daripada geran Digitalisasi PKS PENJANA untuk penjimatan tambahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai solusi digital dan pelan keterhubungan oleh Digi Business, sila layari www.digi.my/godigital.

Digi Business membantu perniagaan kecil di Malaysia dengan solusi