Digi Business membawakan penyelesaian ERP berasaskan awan kepada PKS

Home
Press Release
September 9, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi Business membawakan penyelesaian ERP berasaskan awan kepada PKS

·      PKS di Malaysia kini dapat mengakses penyelesaian ERP berasaskan awany ang bertaraf dunia oleh Oracle NetSuite

·      Penyelesaian ini membolehkan PKS memacu usaha pendigitalan perniagaan bagi meningkatkan kecekapan dan menambahbaik produktiviti

 

SUBANG JAYA, 9September 2021 – Digi Business hari ini mengumumkan tawaran penyelesaian Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) berasaskan awan oleh Oracle NetSuite, bagi memperhebatkan usahanya menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

 

ERP berasaskan awan oleh Oracle NetSuite adalah sistem yang beroperasi menggunakan platform pengkomputeran awan, membolehkan peniagaan mengakses data masa nyata pada bila-bila masa dan di mana sahaja. PKSboleh memanfaatkan perkhidmatan awan ERP dalam menguruskan operasi perniagaan dengan lebih efektif yang merangkumi aspek pengurusan pelanggan, ramalan penjualan, pengurusan peneraju jualan, pengurusan kempen, pampasan insentif, pengesanan waktu dan pelbagai lagi. Semua maklumat ini dipaparkan pada papan pemuka masa nyata, memberikan gambaran keseluruhan operasi kepada PKS, disamping kemampuan menghasilkan laporan dan menganalisis data.

 

Menurut laporan Rangka Tindakan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia[1], empat daripada 10 PKS menggunakan pengkomputeran awan dan mereka menggunakannya khusus untuk penyimpanan dokumen sahaja, tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan teknologi tersebut.

 

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Pegawai Perniagaan Digi, Eugene Teh berkata, “Penggunaan teknologi awan oleh PKSMalaysia masih pada peringkat awal, oleh itu kami melihat potensi yang besar untuk PKS memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan awan. Justeru itu, perkhidmatan awan ERP merupakan penyelesaian digital yang sangat mengagumkan kerana mampu membantu PKS melancarkan operasi, mengakses kewangan serta memperoleh analisis perniagaan yang lebih mendalam. Kami amat berbesar hati meneraju industri ini dalam memperkenalkannya kepada PKS, yang juga memberi peluang kepada kami untuk terus menyokong pertumbuhan perniagaan mereka dalam ekonomi digital sekarang.”

“Penyelesaian ini mengukuhkan lagi tawaran rangkaian sambungan dan penyelesaian digital yang komprehensif oleh Digi Business buat PKS daripada pelbagai saiz serta tahap peralihan digital yang berbeza, di samping terus menjadi rakan digital yang dipercayai,” tambah Eugene.

 

Produktiviti dan kecekapan menyeluruh yang lebih hebat untuk semua industri

Penyelesaian ERP berasaskan awan oleh OracleNetSuite ini membolehkan perniagaan daripada semua industri mengakses data yang diperlukan baik di pejabat mahupun di mana sahaja. Perkhidmatan awan ERP juga adalah kos efektif serta berpatutan kerana tidak memerlukan pelaburan permulaan yang besar, dan sebagai perkhidmatan awan, tiada keperluan untuk sebarang pemasangan di premis.

 

Syarikat yang menggunakan penyelesaian ini akan dilengkapi dengan gambaran sistem secara menyeluruh yang penting untuk pengurusan proses perniagaan. Keupayaan ini memberikan pemilik perniagaan gambaran yang lebih jelas mengenai proses yang sedang berlaku supaya dapat membantu mereka mengesan sebarang ketidakcekapan yang berpotensi mengganggu produktiviti dalam syarikat. Peningkatan produktiviti membawa kepada hasil, keuntungan dan margin kasar yang lebih kukuh, penting untuk pertumbuhan syarikat.

 

Tawaran ini adalah penyelesaian terbaharu yang disediakan buat PKS dalam rangkaian penyelesaian Digi Business, terdiri daripada pelan telefon untuk perniagaan, sambungan fiber untuk perniagaan, penyelesaian keselamatan siber serta peralatan digital untuk memudahkan serta menggabungkan proses rutinbagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efisien.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian ERP berasaskan awanyang ditawarkan oleh Digi Business, sila layari:

https://www.digi.com.my/business/oracle-netsuite