Digi lihat pandemik Covid-19 melalui lensa kanak-kanak sempena Hari Kebangsaan ini

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
August 27, 2021
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi lihat pandemik Covid-19 melalui lensa kanak-kanak sempena Hari Kebangsaan ini

ā€

SUBANG JAYA,27 OGOS 2021ā€“ Semenjak lebih setahun yang lalu, kita telah menyaksikan betapa dahsyatnya kesan langsung pandemik Covid-19 terhadap masyarakat, kehidupan dan kesejahteraan mereka. Sempena Hari Kebangsaan ini, Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) menyelami isi hati kanak-kanak Malaysia mengenai erti pandemik dan mempelajari pengajaran di sebalik kesan mendalam yang ditinggalkan.

Ā 

Diinspirasikan oleh kanak-kanak ini, video Hari Kebangsaan Digi, ā€œTeladanā€ melihat pandemik yang melanda daripada kaca mata mereka. Apabila mereka menyedari akan kepayahan yang diharungi oleh ibu bapa dan orang sekeliling setiap hari untuk memenuhi keperluan keluarga, kanak-kanak ini secara tidak langsung mempelajari pelbagai nilai murni seperti ketekunan dan dedikasi, di samping kebaikan serta kemurahan hati kepada mereka yang lebih memerlukan. Lazimnya, situasi seumpama ini mempunyai pengaruh yang berterusan terhadap kanak-kanak, sekaligus menanam nilai-nilai penting yang akan kekal dalam diri sepanjang hidup mereka.

Ā 

Kanak-kanak ini juga belajar untuk lebih menghargai masa-masa bermakna dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu di era digital kini ā€“ dari merindui alam persekolahan, menikmati kegembiraan waktu bermain serta menghabiskan waktu rehat bersama rakan.

Ā 

Bernard Lee, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi berkata, ā€œPerspektif membentuk pandangan kita terhadap kesukaran hidup dan kanak-kanak pula mempunyai cara yang unik dalam melihat sesuatu perkara dengan optimis. Apabila melihat cara ibu bapa mereka mencari jalan secara kreatif demi memenuhi keperluan hidup dan membantu masyarakat, secara tidak langsung mereka akan turut mempelajari nilai kecekalan dan belas kasihan. Semoga kita tidak akan lupa pengajaran berharga yang diterapkan terhadap kanak-kanak,yang juga merupakan generasi pemimpin masa hadapan. Bagi pihak Digi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dan terus kekal selamat berada di rumah.ā€

Ā 

Tonton ā€œTeladanā€ di laman YouTube rasmi Digi di http://digi.my/harikebangsaandigi atau Facebook di http://digi.my/digiharikebangsaan