Digi melancarkan pelan prabayar baharu yang direka khas untuk para pemain mudah alih

Home
Press Release
December 10, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Pelan prabayar eksklusif dari Digi hadir dengan ‘Always-on Gaming Internet’, ‘Optimised Gaming Latency’ dan ‘Game Credit Cashback’, juga panggilan tanpa had
  • 500 pelanggan pertama dapat Internet ekstra 10% selama 12 bulan

SUBANG JAYA, 10 Disember 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan pelancaran Pelan RDY (disebut ‘Ready’) Gaming pada hari ini, iaitu pelan prabayar terbaharunya yang direka khas buat para pemain permainan mudah alih. Pelan prabayar yang unik ini akan menjadi pelengkap bagi para pemain dengan pelbagai ciri seperti ‘Always-on Gaming Internet’, ‘Optimised Gaming Latency’ dan ‘Game Credit Cashback’ untuk pengalaman permainan mudah alih yang lebih hebat.  

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan menyatakan bahawa Pelan RDY Gaming telah direka dengan mengambil kira keperluan para pemain mudah alih untuk menambah baik pengalaman permainan mereka. “Kami memahami bahawa para pemain memerlukan sambungan Internet berkelajuan tinggi yang konsisten untuk menjamin pengalaman yang optimum. Akses tanpa had ke atas permainan mudah alih popular dengan latensi yang telah dioptimumkan akan membantu menangani isu lazim yang dihadapi oleh para pemain. Dengan pentas permainan mudah alih tempatan yang sedang berkembang pesat, kami percaya dengan RDY Gaming Plan, Digi kini bersedia untuk meneroka pasaran yang lebih luas dalam segmen permainan mudah alih di Malaysia.”

Mulai hari ini, RDY Gaming Plan disediakan pada harga pelancaran istimewa yang bernilai RM68/bulan, memberi pelanggan diskaun sebanyak RM20 (harga biasa: RM88) dengan ‘Always-on Gaming Internet’1 dan ‘Optimised Gaming Latency’ bagi enam (6)  permainan mudah alih, serta Internet berkelajuan tinggi 50GB bagi segala kegunaan dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dengan pembaharuan automatik setiap 30 hari. Pelanggan baharu boleh mendaftar atau bertukar ke RDY Gaming Plan melalui Digi Online Store. Pelanggan prabayar Digi yang sedia ada boleh juga menukar pelan mereka melalui UMB *128#2.  

Untuk meraikan pelancaran ini, 500 pelanggan pertama yang mendaftar untuk RDY Gaming Plan di antara 10 hingga 31 Disember 2021, akan menerima Internet ekstra 10% selama 12 bulan.

Mengapa para pemain mudah alih patut pilih Digi RDY Gaming Plan?

‘Always-on Gaming Internet’

Selain peruntukan Internet Berkelajuan Tinggi 50GB bagi semua kegunaan, Digi RDY Gaming Plan juga didatangkan dengan Internet permainan tanpa had bagi 6 permainan mudah alih yang popular: Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Call of Duty Mobile, Free Fire, Arena of Valor dan League of Legends: Wild Rift. Dengan ini, para pemain tidak perlu lagi risau akan kehabisan kuota Internet ketika bermain permainan mudah alih ini.  

‘Optimised Gaming Latency’

Para pemain juga boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar lagi konsisten bagi 6 permainan mudah alih dengan latensi permainan yang telah dioptimumkan. Menerusi perkhidmatan Internet keutamaan yang tinggi, para pemain dapat menikmati ping dan latensi yang lebih rendah, serta pengalaman permainan dalam masa nyata yang sangat memuaskan.  

‘Game Credit Cashback’

Dengan RDY Gaming Plan oleh Digi, para pemain juga akan menerima pulangan kredit permainan sebanyak 5% apabila mereka membeli kredit permainan mudah alih dengan kredit prabayar Digi mereka di Google Play, App Store, CODA Shop, Garena App atau Huawei AppGallery. Mereka boleh menggunakan pulangan kredit3 tersebut bagi sebarang pembelian di Internet.  

Untuk maklumat lanjut mengenai RDY Gaming Plan oleh Digi, sila layari https://digi.my/rdy