Digi melancarkan vcash e-Wallet yang boleh digunakan untuk mana-mana bank, telefon pintar atau syarikat telekomunikasi

Home

Press Release


November 8, 2017

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Cara yang lebih mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang untuk semua rakyat Malaysia

SUBANG JAYA, 9 November 2017 - Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan kemasukannya ke dalam arena FinTech (financial technology/ teknologi kewangan) dengan vcash - sebuah aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar mereka. vcash ialah penyelesaian yang ditawarkan oleh Digi dengan usahasama Valyou Sdn Bhd, sebuah penyedia pembayaran yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini boleh dimuat turun oleh semua rakyat Malaysia di Google Play Store atau Apple App store secara percuma.

Dalam usaha Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai, dan dengan bantuan langkah-langkah strategik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan perpindahan negara ke arah e-bayaran , pengguna boleh menggunakan vcash sebagai e-Wallet pilihan mereka yang menawarkan khidmat bayaran yang selamat dan sangat pantas menggunakan kod QR. Selain bayaran, vcash juga membolehkan pemindahan wang di antara pengguna vcash dan bukan pengguna vcash, membantu deposit tunai dan pengeluaran pada bila-bila masa, dan membeli barangan dari kedai dalam aplikasi vcash. Pengguna juga tidak perlu membayar yuran transaksi apabila menggunakan mana-mana ciri ini.

Syarikat tersebut juga mengumumkan rakan-rakan niaganya di seluruh Malaysia dengan jenama-jenama terkenal seperti Astro Go Shop, Ezbuy, Fish & Co., Life Juice, Major Drop, Manhattan Fish Market, Mydin, Nice Catch, NY Steak Shack, RedTick, Sam's Groceria, TAPAK, The Lorry, Tony Roma's, TR Fire Grill, dan banyak lagi, di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan vcash untuk membuat bayaran. Setakat ini, vcash mempunyai 500 peniaga di seluruh negara dan berazam untuk mempunyai 2000 peniaga menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, vcash juga boleh digunakan sebagai pilihan bayaran bagi peniaga-peniaga di bawah rangkaian gerbang bayaran dalam talian MOLPay dan iPay88, membolehkan pengguna melakukan transaksi menggunakan vcash dengan beribu-ribu peniaga dengan kedai dalam talian di seluruh negara.

"vcash bakal membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia, sama ada peniaga atau pengguna, untuk melakukan transaksi tanpa tunai dengan sekatan penggunaan yang rendah, iaitu dengan membolehkan pengguna mengatasi risiko menggunakan tunai, kerumitan membuka akaun bank dan proses kelulusan kad debit dan kredit, atau menggunakan penyelesaian bayaran khusus yang memerlukan mereka memiliki peralatan yang mahal," kata Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi.

"Buat masa ini, terdapat kira-kira RM85.5 bilion tunai dalam peredaran, dan aspirasi awal untuk vcash ialah untuk melihat sebanyak mana transaksi berasaskan tunai yang boleh kami tukar menjadi digital. Matlamat kami ialah untuk menawarkan para pengguna dan peniaga di Malaysia satu penyelesaian bayaran yang lebih elegan, progresif dan bebas risiko. Ada kos yang terlibat dalan penggunaan tunai fizikal, dan melalui sebuah kajian yang dijalankan oleh BNM, kos keseluruhan yang perlu ditanggung oleh industri perbankan, komuniti perniagaan dan BNM dalam pengurusan tunai dianggarkan kira-kira RM4.8 bilion pada tahun 2012 . Untuk membolehkan perpindahan berlaku, kita perlu menjalankan inisiatif pendidikan yang besar untuk pengguna dan perniagaan mengenai kelebihan transaksi tanpa tunai, dan ini merupakan tugas semua penyedia perkhidmatan. Kita perlu membina kategori bayaran mudah alih bersama supaya perpindahan ini boleh berlaku, dan Digi teruja kerana dapat menjadi peneraju dalam memacu perubahan ini."

Pengguna: Sistem bayaran QR yang pantas dan selamat

vcash menjadikan transaksi dalam talian dan luar talian semudah yang mungkin untuk pengguna. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut dari Google Play Store atau Apple App store secara percuma, mendaftar dan mendeposit wang ke dalam akaun mereka, memasukkan jumlah yang ingin dibayar dan mengimbas kod QR peniaga untuk membuat bayaran. Transaksi akan dilengkapkan dengan PIN enam digit atau pengesahan cap jari digital.

Untuk mendeposit wang ke dalam aplikasi vcash, pengguna boleh pergi ke kedai Digi untuk mendeposit wang melalui kaunter atau menggunakan perbankan dalam talian melalui FPX atau JomPAY. vcash disokong oleh rangkaian pusat deposit yang luas yang terdiri daripada lebih 300 kedai milik Digi dan kedai pengedar Digi, serta platform perbankan internet bagi 21 bank peruncitan di Malaysia melalui FPX atau JomPAY.

vcash menawarkan empat (4) manfaat utama berbanding tunai iaitu:

  • Selamat: Setiap transaksi dikawal oleh PIN atau cap jari
  • Mudah: Di mana sahaja, pada bila-bila masa, untuk apa sahaja
  • Boleh dijejak: Mengawal perbelanjaan anda
  • Lancar: Bayar, hantar atau terima wang dengan hanya beberapa sentuhan

Dengan vcash, pengguna boleh menyimpan, menghantar, memohon dan mengeluarkan hingga RM5,000 bergantung kepada tahap akaun mereka - Basic, Enhanced atau Premium. Enhanced dan Premium masing-masing memerlukan pengesahan iaitu Pengenalan Foto (Photo ID) dan pengesahan wajah-ke-wajah (face-to-face).

Peniaga: Kos perniagaan yang lebih rendah
Persekitaran tanpa tunai menghapuskan kos dan risiko menyimpan tunai dan menghadapi sekatan bayaran dalam rantaian bekalan perniagaan.

vcash menawarkan kos yang lebih rendah untuk peniaga:

  • MDR lebih rendah berbanding kaedah bayaran lain
  • Tiada yuran tahunan
  • Tiada yuran pemasangan
  • Tiada peralatan atau perkakasan khas

Dengan vcash, perniagaan akan mendapat manfaat mengenali pelanggan mereka dengan lebih baik. Dengan akses ke analisis, perniagaan boleh menjejak dan memanfaatkan tabiat dan corak perbelanjaan pelanggan serta analisis pesaing. Selain itu, vcash juga menghapuskan kerumitan dan risiko mengendalikan tunai fizikal, dengan penyelesaian pantas dalam masa 1-2 hari perniagaan untuk amaun tunai dipamerkan di dalam akaun bank peniaga.

vcash ialah penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan sebarang jenis dan saiz perniagaan. Ia boleh digunakan tanpa integrasi, di mana vcash dianggap sebagai transaksi tunai dan pengganti tunai fizikal, atau diintegrasi sepenuhnya ke dalam sistem POS peniaga, yang membolehkan transaksi vcash disesuaikan mengikut keperluan peniaga. Kesemua faktor ini menjadikan vcash sangat menarik untuk peniaga, sama ada kecil atau besar, termasuklah peniaga nasi lemak atau kedai runcit di kawasan kejiranan anda.

Mengenai vcash
vcash ialah cara yang selamat dan bijak untuk membawa wang digital di dalam telefon pintar anda. Pengalaman wang mudah alih baru ini memberi rakyat Malaysia kemudahan membayar untuk apa-apa sahaja, di mana jua. vcash ialah sebuah penyelesaian yang ditawarkan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan usaha sama Valyou Sdn Bhd, sebuah penyedia pembayaran yang diiktiraf BNM yang menjanjikan keselamatan dalam setiap transaksi. Ketahui bagaimana vcash boleh mencipta gaya hidup bebas tunai untuk anda di vcash.my.