Digi mengemas kini jadual penamatan rangkaian 3G bagi wilayah Utara dan Tengah

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
December 23, 2021
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Keutamaan untuk menjamin ketersediaan rangkaian di kawasan yang terjejas akibat banjirĀ 

ā€

SUBANG JAYA, 23 Disember 2021 ā€“ Berikutan bencana banjir baru-baru ini dan sebagai persediaan menghadapi cuaca hujan dalam tempoh yang akan datang, Digi Telecommunications Sdn Bhd (ā€œDigiā€) hari ini menyatakan bahawa penamatan rangkaian 3G miliknya di Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis kini akan dilaksanakan pada 3 Januari 2022, manakala penamatan di Selangor dan Wilayah Persekutuan (termasuk Putrajaya) akan dilaksanakan pada 6 Januari 2022.Ā 


Rancangan untuk menamatkan rangkaian 3G Digi di Sarawak akan berjalan seperti dijadualkan pada 30 Disember 2021, iaitu setelah mereka berjaya menamatkan rangkaian 3G di Sabah, Wilayah Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), dan Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) dan membantu para pengguna di kawasan-kawasan tersebut beralih ke 4G.

Untuk maklumat lanjut mengenai penamatan rangkaian 3G milik Digi, sila layari: https://www.digi.com.my/network/upgrade-to-4g


Penamatan 3G di seluruh negara merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), untuk menaik taraf infrastruktur digital Malaysia dan menawarkan kesalinghubungan digital yang lancar buat semua. Penamatan ini akan membolehkan spektrum 3G diguna pakai untuk menambah baik rangkaianĀ  4G LTE, justeru membekalkan kualiti internet yang lebih baik buat semua pengguna.


Mengekalkan ketersediaan perkhidmatan rangkaianĀ 

Keutamaan Digi pada saat ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat kekal terhubung dengan menjamin ketersediaan perkhidmatan rangkaian di kawasan yang terjejas akibat banjir. Pasukan Tindakan 24jam yang diwujudkan sedang berusaha memulihkan tapak-tapak yang terjejas dengan segera, terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, dan Kelantan. Kerja-kerja pemulihan di beberapa kawasan masih berterusan disebabkan masih terdapatĀ  jalan raya yang tidak boleh diakses.


Memandangkan cuaca hujan lebat diramalkan akan berterusan pada minggu hadapan di beberapa buah negeri di Malaysia, Digi bersedia mengerahkan sumber-sumbernya bagi kerja-kerja pemulihan rangkaian dalam kadar segera.Ā 


Digi juga ingin membantu warga Malaysia membuat persiapan yang lebih baik jika bencana banjir berterusanĀ  ketika musim monsun ini. Digi Yellow Heart Flood Preparedness Kit mengandungi garis panduan yang penting mengenai tindakan sebelum banjir melanda, cara menjaga keselamatan ketika banjir dan langkah yang patut diambil setelah banjir surut. Kit tersebut boleh dimuat turun di sini http://digi.my/floodkit-bm.


Untuk maklumat terkini dan pertanyaan berkenaan banjir, sila layari help desk Digi di sini.