Digi menyempurnakan penamatan rangkaian 3G di wilayah Timur dan Sabah

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
December 14, 2021
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Perkukuhkan rangkaian 4G untuk menjamin kesalinghubungan konsisten serta peralihan yang lancar di seluruh negara
  • Pengguna 3G digesa untuk beralih ke 4G secepat mungkin


SUBANG JAYA, 14 DISEMBER ā€“ Penamatan rangkaian 3G oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd (ā€œDigiā€) di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Sabah berjalan seperti yang dijadualkan setakat ini.

ā€

Sejajar dengan penamatan 3G di negeri-negeri tersebut, Digi telah memperkukuhkan rangkaian 4G dengan pembinaan tapak-tapak baharu serta menaik taraf tapak sedia ada untuk memastikan kesalinghubungan yang lancar di samping kualiti pengalaman yang lebih baik untuk para pelanggan. Digi kini mempunyai liputan rangkaian 4G LTE dan LTE-A masing-masing sebanyak 92.4% and 75.3% kawasan berpenduduk di seluruh negara.


Digi akan terus memastikan pengguna yang masih menggunakan 3G beralih ke peranti berkeupayaan 4G-VoLTE secapat mungkin. Pasukan jualan Digi telah turun padang di seluruh negara untuk berinteraksi dengan pelanggan bagi mewujudkan kesedaran serta menawarkan pelan dan peranti mampu milik sepanjangĀ  bulan Disember.Ā 


Penamatan 3G yang seterusnya akan melibatkan negeri-negeri di wilayah Selatan (Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan) pada 16 Disember. Ia akan diikuti dengan wilayah Utara dan Tengah, masing-masing pada 20 dan 22 Disember, dan akhirnya Sarawak pada 30 Disember.

ā€

Beralih ke 4G dan aktifkan VoLTE sekarang!Ā 

Digi menggesa para pelanggan memastikan bahawa mereka menggunakan peranti 4G dengan fungsi VoLTE yang aktif, agar kekal terhubung secara lancar.Ā 


Pelanggan boleh memeriksa sama ada telefon bimbit mereka berkeupayaan 4G dengan menghantar SMS ā€œ4Gā€ ke 28282 atau dengan menyemak senarai peranti berkeupayaan VoLTE.Ā 


Pelanggan juga boleh menghantar SMS ā€œLTEā€ ke 20000 untuk meneriksa sama ada kad SIM mereka adalah mesra 4G. Untuk menaik taraf ke SIM 4G, pelanggan boleh mengunjungi Digi Store atau Digi Kiosk yang berhampiran.


Bagi memudahkan pengguna 3G beralih ke 4G, Digi turut menawarkan pelbagai telefon pintar 4G-VoLTE pada harga berpatutan menerusi tawaran Pakej PowerJimat, di samping peranti-peranti yang terpilih di bawah Pakej Peranti Keluarga Malaysia.Ā 


Untuk maklumat lanjut mengenai penamatan rangkaian 3G milik Digi, sila layari https://www.digi.com.my/network/upgrade-to-4g.