Digi perkenal penyelesaian pengurusan kenderaan baharu dengan ?iFleet?

Home

Press Release


March 21, 2017

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Mendedahkan laman web perniagaan IoT baharu dengan tawaran pengenalan berpatutan untuk pengguna awal

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2017 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini membuat penampilan umum bagi penyelesaian pengurusan kenderaaan (telematik) pintar baharu, iFleet, penglibatan baharu syarikat ke dalam segmen internet segalanya (IoT). Ini adalah kali pertama sebuah pembekal perkhidmatan telekomunikasi akan memasarkan penyelesaian telematik efektif meliputi perkakasan, perisian dan keterhubungan dalam masa yang sama.

Menurut laman web iFleet, penyelesaian yang menambah lapisan pintar kepada pergerakan kenderaan, dan boleh mengendalikan segala-galanya daripada pemasangan, sistem integrasi, pemantauan kenderaan automasi, untuk jaminan seumur hidup dan sokongan selepas jualan supaya pemilik perniagaan boleh memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting - menjalankan perniagaan mereka.

iFleet dikatakan memberi manfaat kepada perusahaan pelbagai saiz - daripada syarikat logistik yang besar, kepada perniagaan tempatan dengan kumpulan penunggang, atau pemandu kereta syarikat - menawarkan nilai terbaik di samping mengekalkan set yang kaya dengan ciri-ciri untuk menguruskan kenderaan mereka. Penyelesaian ini membantu perusahaan meraih manfaat daripada kecekapan kos dengan menggunakan data kenderaan terperinci untuk menguruskan perbatuan lebih baik, mengurangkan insiden dengan menggalakkan tingkah laku pemanduan yang baik, mengurangkan risiko kecurian, menyusun semula kemalangan secara tepat dan banyak lagi, dengan bayaran bulanan yang berpatutan termasuk sokongan dan penyelenggaraan.

Penyelesaian itu akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini. Dan buat masa ini, laman web itu mendedahkan bahawa iFleet kini menawarkan bayaran berpatutan kepada pelanggan awal sebanyak RM75 sebulan bagi setiap kenderaan untuk penyelesaian telematik pintar sebelum pelancaran. Pihak yang berminat boleh mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenainya dengan layari www.ifleet.my.

iFleet adalah satu daripada perniagaan yang diuruskan oleh cabang pembangunan usaha Digi, Digi-X.

Mengenai iFleet

iFleet adalah perkhidmatan pengurusan kenderaan (telematik) disokong oleh Digi, penyedia perkhidmatan keterhubungan mudah alih terkemuka di Malaysia, dengan kerjasama kumpulan CSE, pemain insudtri telematik utama yang memiliki pengalaman selama 30 tahun memajukan komunikasi dan keselamatan teknologi elektronik dalam industri automotif.