Digi umum subsidi Jaringan PRIHATIN dan tawaran istimewa bagi membantu rakyat Malaysia yang layak untuk kekal berhubung

Home
Press Release
May 6, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

• Kira-kira sebanyak 8 juta rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menikmati tawaran ini
• Terdapat dua tawaran pilihan: Rebat RM180 untuk pelbagai pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi RM300 untuk telefon pintar dan tablet

Subang Jaya, 7 Mei 2021 - Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang diiktiraf bagi Program Jaringan PRIHATIN, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan tawaran istimewa untuk rakyat Malaysia yang layak agar mereka dapat kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting, yang telah bermula pada 5 Mei 2021.

Mereka yang layak, yang juga penerima BPR mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana tawaran Digi yang berikut:

Rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar – Rakyat Malaysia yang layak akan menerima rebat bulanan sebanyak RM15 dan tambahan 2GB data setiap hari, selama satu tahun. Dengan tawaran Jaringan PRIHATIN ini, pelanggan sedia ada dan baharu Digi boleh memilih untuk menggunakan rebat bulanan RM15 tersebut ke atas pelbagai pelan prabayar dan pascabayar, termasuk pelan terlaris Digi iaitu Prepaid Next yang menyediakan data berkelajuan tinggi 30GB serta panggilan tanpa had pada harga bulanan yang berpatutan iaitu RM20 (selepas rebat).

Subsidi RM300 untuk peranti – Rakyat Malaysia yang berkeluarga dan layak akan menerima subsidi RM300 untuk membantu menyediakan kelengkapan telefon pintar atau tablet 4G buat anak-anak mereka. Bagi menyokong objektif kerajaan, Digi menawarkan pakej telefon pintar istimewa untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.

Pakej telefon pintar Digi Prepaid boleh dinikmati pada harga RM100 tanpa komitmen kontrak, yang mana pelanggan akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi selama tiga bulan (30GB sebulan serta data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun), panggilan tanpa had dan telefon pintar Samsung Galaxy A02 secara percuma. Tawaran ini hanya dibuka untuk waktu yang terhad, justeru itu pelanggan yang berminat digalakkan untuk segera mendaftar pakej telefon pintar ini 5 Mei sehingga 31 Julai 2021. Di samping itu, pelbagai seleksi telefon pintar dan tablet juga akan ditawarkan bersama Digi Postpaid.

Menurut Praveen Rajan, Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Program Jaringan PRIHATIN yang dianjurkan oleh kerajaan ini hadir tepat pada waktunya tatkala pandemik yang melanda telah memperlihatkan jurang digital yang jelas dalam kalangan masyarakat. “Ketika negara bergerak ke arah fasa pemulihan, keterhubungan memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu membangunkan semula ekonomi dan masyarakat. Oleh itu, Digi bersedia menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pelanggan kami terutamanya golongan komuniti B40 yang mungkin mengalami masalah kewangan untuk kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting,” ujarnya.

Mulai 5 Mei 2021, semua rakyat Malaysia yang layak termasuk pelanggan Digi sedia ada digalakkan untuk mendaftar bagi program ini dalam tempoh tiga bulan pendaftaran dibuka yang akan berakhir pada 31 Julai 2021. Tawaran ini juga terbuka buat mereka yang bukan pelanggan Digi samada mereka memilih untuk beralih ke Digi atau melanggan nombor telefon bimbit Digi yang baharu.

Digi memudahkan pelanggan baharu dan sedia ada untuk memeriksa kelayakan mereka serta mendaftar secara dalam talian melalui https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm. Selain itu, mereka juga boleh mendaftar di mana-mana kedai pengedar sah Digi di seluruh negara termasuk Digi Stores, Digi Store Express, SenHeng dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, KK SUPER MART, myNews dan Happy Mart.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jaringan PRIHATIN Digi dan cara mendaftar, layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.

Digi Jaringan Prihatin
Digi Jaringan Prihatin
Digi Jaringan Prihatin
Digi Jaringan Prihatin