5 June 2020 - Operator telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (āCelcomā), Digi Telecommunications Sdn Bhd (āDigiā), Maxis Berhad (āMaxisā), U Mobile Sdn Bhd (āU Mobileā), YTL Communications ("YTLC") dan Telekom Malaysia Berhad (āTMā) melalui unifi, akan terus menyokong keperluan untuk bekerja dan pembelajaran melalui penyediaan internet percuma. Inisiatif bersama industri ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM akan menawarkan 1GB Internet Produktiviti harian, untuk digunakan daripada 8 pagi sehingga 6 petang, mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ini akan menggantikan 1GB internet harian percuma yang ditawarkan kepada pelanggan mulai 1 April 2020, yang berakhir pada 9 Jun 2020.
YTL Communications akan meneruskan inisiatif āLearn from Homeā dalam bentuk kad SIM percuma dengan data 40GB kepada kesemua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi, serta telefon bimbit dengan 120GB data kepada pelajar daripada keluarga B40 yang layak. Sebagai tambahan, YTLC akan menyediakan kandungan pendidikan atas talian percuma yang dibangunkan bersama Teach for Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
TM dan TIME dotCom Berhad (āTIMEā) akan menyokong operator mudah alih dengan menyediakan kapasiti gentian tambahan bagi menampung penggunaan internet yang meningkat di samping meneruskan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan pada masa ini.
Kesemua operator akan terus menyediakan akses percuma bagi pelbagai aplikasi berkaitan informasi dan perkhidmatan untuk memastikan rakyat Malaysia terus menerima maklumat terkini yang sahih berkenaan COVID-19.
Pelanggan boleh merujuk kepada operator masing-masing bagi informasi bagaimana untuk menebus internet harian percuma dan perkhidmatan yang tersenarai.
Akses Internet percuma harian 1GB bagi pembelajaran dan produktiviti
Akses percuma tanpa caj internet bagi aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace
Akses percuma tanpa caj bagi sumber informasi kesihatan dan berita yang penting
Industri terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta badan berkuasa yang lain untuk menjalankan langkah baru dan relevan yang diperlukan demi kepentingan pelanggan, perniagaan dan negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari sini.