Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia Digi bantu rakyat Malaysia kekal berhubung

Home
Press Release
October 15, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia Digi bantu rakyat Malaysia kekal berhubung

  • Pakej Remaja Keluarga Malaysia boleh didapati melalui MyDigi dan Touch ‘N Go eWallet dengan hanya RM30
  • Pakej Peranti Keluarga Malaysia disertakan bersama telefon pintar 4G PERCUMA

SUBANG JAYA, 15 Oktober 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan tawaran istimewa, Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia, untuk memberikan pilihan sambungan internet mampu milik buat isi rumah rakyat Malaysia. Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak sehingga 15 April 2022.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, berkata, “Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian, kami sentiasa menyokong inisiatif nasional untuk menyediakan akses internet yang  mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Dengan Malaysia sedang menjalani fasa pemulihan Covid-19 dan sebagai persediaan untuk penutupan rangkaian 3G pada akhir tahun ini, sambungan Internet dan peranti 4G amatlah penting bagi memastikan ahli keluarga sentiasa berhubung di rumah dan di mana-mana sahaja.”

Rakyat Malaysia yang layak boleh memilih salah satu daripada dua pakej tersebut yang bersesuaian dengan gaya hidup digital mereka:

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

  • Pakej prabayar istimewa yang disediakan buat para belia dan pelajar Malaysia berumur 21 tahun ke bawah. Ia didatangi dengan  data berkelajuan tinggi 20GB dengan  tempoh sah selama 90 hari, dan internet yang kekal aktif dengan hanya RM30. Selain itu, pelanggan juga dapat menebus Internet Produktiviti 1GB secara percuma setiap hari melalui kod UMB.
  • Pakej Remaja Keluarga Malaysia tersedia untuk pembelian di aplikasi MyDigi (bagi pelanggan Digi Prepaid NEXT sahaja) atau melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet.

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

  • Terbuka untuk semua rakyat Malaysia, pakej pascabayar istimewa ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menaik taraf ke telefon pintar 4G secara PERCUMA apabila mereka melanggan Digi Postpaid 40 dengan kontrak selama 24 bulan. Dua model telefon pintar yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy A02 dan Redmi 9A.
  • Menerusi pakej ini, pelanggan akan menikmati data berkelajuan tinggi 10GB dengan panggilan tanpa had setiap bulan serta Internet Produktiviti 1GB percuma setiap hari yang boleh ditebus melalui kod UMB.
  • Untuk melanggan, pelanggan boleh melayari Digi Store Online (DSO) dan menikmati perkhidmatan penghantaran percuma atau mengunjungi Digi Store atau Digi Store Express.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, sila layari www.digi.com.my/pakej-keluarga-malaysia.