Pelan internet belia Digi kini hadir dengan akses tanpa had ke TikTok dan Instagram

Home
Press Release
August 14, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Pelan internet belia Digi kini hadir dengan akses tanpa had ke TikTok dan Instagram

Pakej Data Khas Belia menggalakkan lebih ramai belia Malaysia untuk mendapatkan inspirasi dan kekal terhubung dengan gaya hidup digital harian mereka.

SUBANG JAYA, 14 Ogos 2021 – Sebagai sebahagian daripada komitmen yang berterusan dalam menyokong keperluan digital para belia Malaysia yang kian meningkat, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menambah baik pelan internet pelajarnya dengan memberikan akses tanpa had ke dua aplikasi media sosial popular, TikTok dan Instagram. Mulai hari ini, pelan yang sebelum ini hanya dibuka kepada pelajar, akan dikenali sebagai Pakej Data Khas Belia dan boleh di langgani oleh semua belia berusia antara 12 hingga 24 tahun.

Dengan harga RM20 sebulan, Pakej Data Khas Belia kini boleh didapati untuk masa terhad sehingga 31 Oktober 2021. Bersama dengan sambungan internet berkelajuan tinggi 15GB yang disertakan dalam pelan, akses tanpa had selama 30 hari ke TikTok dan Instagram membolehkan para belia untuk kekal berhubung antara satu sama lain dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif menerusi perkongsian perkara kegemaran mereka serta kebebasan untuk mempelajari pelbagai perkara baharu melalui video pendek. Kini para belia boleh memenuhi keinginan untuk menikmati kandungan ringkas yang menghiburkan serta yang mampu memperkasakan mereka tanpa perlu rasa bimbang tentang mengeluarkan belanja lebih untuk data.

Pakej Data Khas Belia ini boleh didapati dengan mudah oleh pelanggan Digi melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *123#. Manakala, pelanggan baharu pula boleh mendaftar untuk pelan tersebut yang didatangi dengan SIM percuma melalui Digi Store, Digi Store Online, atau daripada mana-mana pengedar sah Digi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran Pakej Data Khas Belia Digi, sila layari https://www.digi.com.my/prepaid/belia.