Pengendali telekomunikasi memanjangkan penggunaan tawaran Internet Produktiviti 1GB percuma kepada 24 jam

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
June 30, 2020
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

1 Julai 2020 - Pengendali telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (ā€œCelcomā€), Digi Telecommunications Sdn Bhd (ā€œDigiā€), Maxis Berhad (ā€œMaxisā€), U Mobile Sdn Bhd (ā€œU Mobileā€), dan Telekom Malaysia Berhad (ā€œTMā€) melalui unifi mobile, kini meningkatkan sokongan kesalinghubungan untuk rakyat bagi keperluan kerja dan pembelajaran dengan memanjangkan akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma hingga 24 jam. Ini akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020, atau pelanggan boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tarikh mula. Sebelum ini, akses ke internet 1GB percuma bermula dari jam 8 pagi dan 6 petang.

Semua pelanggan aktif bagi pengendali Pascabayar dan Prabayar akan dapat menikmati internet percuma 1GB setiap hari untuk pembelajaran dan alat produktiviti serta keperluan penyemakan imbas, kecuali media sosial, penstriman video, permainan dan penstriman muzik. Internet 1GB percuma yang disediakan setiap hari melebihi peruntukan data bulanan pelanggan dari rancangan mereka yang sedia ada, bermaksud pelanggan dapat menebus sehingga 30GB data sebulan secara percuma.

Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada pengendali masing-masing untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menebus tawaran Internet percuma setiap hari dan senarai perkhidmatan yang disertakan.

Inisiatif bersama internet percuma 1GB setiap hari merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai tambahan kepada internet percuma 1GB setiap hari, pengendali akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19. Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace, dan sumber dan hotline kesihatan penting seperti Hotline CPRC, laman web Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, serta banyak lagi.

Untuk menyokong pengguna dan perniagaan rakyat Malaysia, para pengendali juga telah menyampaikan pelbagai tawaran prabayar dan pascabayar yang berpatutan. Pelanggan digalakkan untuk meneroka rancangan ini dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari sini.