Samsung Galaxy A12 dan Xiaomi Redmi 9A kini ditawarkan untuk Jaringan PRIHATIN Digi

Home
Press Release
July 25, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Program Jaringan PRIHATIN dilanjutkan hingga 31 Ogos 2021 untuk rakyat Malaysia yang layak di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Pelanggan boleh memilih rebat bagi pelbagai pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi untuk telefon pintar dan tablet

SUBANG JAYA, 26 JULAI 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A12 dan Xiaomi Redmi 9A sebagai sebahagian daripada pakej tawaran di bawah Program Jaringan PRIHATIN yang telah dilanjutkan selama sebulan lagi sehingga 31 Ogos 2021. Kini semua rakyat Malaysia yang layak menerima rebat RM180 atau subsidi peranti RM300 boleh memilih untuk mendapatkan telefon pintar baharu ini bersama dengan pelan pilihan mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, “Digi komited untuk meneruskan usaha dalam menyediakan peranti mudah alih atau pelan yang mampu milik agar dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Dengan menambah dua peranti baharu ini dalam tawaran Jaringan PRIHATIN Digi, kami berharap agar pelanggan dapat memiliki peranti mudah alih yang bersesuaian dengan keperluan mereka seiring dengan kehendak dunia digital masa kini terutamanya ketika kita melalui pandemik ini.”

Kedua-dua peranti baharu tersebut kini boleh didapati di bawah tawaran Digi Prihatin Bundle untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.

Prihatin 35 Prepaid Bundle – Xiaomi Redmi 9A
Pelanggan prabayar yang layak menikmati subsidi RM300 boleh mendapatkan telefon pintar Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA tanpa komitmen kontrak apabila mereka melanggan Prihatin 35 Prepaid bundle ini. Dengan bayaran RM100, bundle in didatangi dengan akses internet berkelajuan tinggi 30GB selama tiga bulan dan panggilan tanpa had setiap bulan. Pelanggan juga akan menikmati data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun.

Prihatin 40 Postpaid Bundle – Xiaomi Redmi 9A dan Samsung Galaxy A12
Pelanggan yang layak menikmati subsidi RM300 boleh mendapatkan Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA sekiranya mereka melanggan Prihatin 40 Postpaid Bundle dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A12, mereka perlu membayar RM305 (RM205 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).

9A

A12

Bayaran pendahuluan sebanyak RM100 tersebut akan dikembalikan kepada pelanggan melalui rebat RM10 pada bil bulanan selama 10 bulan di mana mereka hanya perlu membayar RM30 sebulan. Selain itu, mereka juga akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan serta 2G data harian percuma selama setahun. Di bawah pakej tawaran ini, pelanggan akan terikat dengan kontrak selama setahun.

Rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar – rakyat Malaysia yang layak akan terus mendapat rebat bulanan sebanyak RM15 untuk pelbagai pelan prabayar dan pascabayar bersama dengan data tambahan 2GB setiap hari, selama setahun. Kini, mereka juga boleh memilih untuk menggunakan rebat tersebut bagi menebus telefon pintar yang tersenarai di bawah Digi Prihatin Bundle.

Semua rakyat Malaysia yang layak termasuk pelanggan Digi sedia ada digalakkan untuk memanfaatkan program ini dan mendaftar sebelum 31 Ogos 2021. Tawaran Jaringan PRIHATIN Digi juga terbuka buat mereka yang bukan pelanggan Digi dengan cara mereka memilih untuk beralih ke Digi atau melanggan nombor telefon bimbit Digi yang baharu.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pengesahan kelayakan dan mendaftar secara dalam talian melalui https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm. Sebagai alternatif, mereka juga boleh mendaftar di mana-mana kedai pengedar sah Digi di seluruh negara termasuk Digi Stores, Digi Store Express, Senheng dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, KK SUPER MART, myNEWS dan Happy Mart.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tambahan Jaringan PRIHATIN yang ditawarkan oleh Digi, layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.