Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Pembangunan ke arah transformasi digital

Mengapa anda harus menaik taraf ke Digi 4G

Nikmati penyambungan tanpa gangguan di mana jua anda berada

Strim Video 4K Tanpa Gangguan

Tonton filem dan rancangan TV kegemaran anda tanpa sekatan
Clock

Muat Turun yang Lebih Pantas

Alami pelayaran Internet yang lebih pantas, muat turun muzik, bermain dan banyak lagi

Penyambungan Dalaman Terbaik di Seluruh Negara

Nikmati liputan 4G lebih baik di mana-mana

Semak jika anda telah memiliki 4G

Adakah peranti anda berupaya menyokong fungsi 4G?

SMS 4G ke 28282 atau klik sini untuk info lanjut. Telefon anda tiada fungsi 4G? Milikinya sekarang dari harga serendah RM68 di sini

Adakah SIM anda berfungsi 4G?

SMS LTE ke 20000 untuk info lanjut. Jika anda ingin menaik taraf ke SIM 4G, kunjungi Digi Store berhampiran!
Naik taraf SIM sekarang

Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan komunikasi untuk warga Malaysia dengan JENDELA

Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah inisiatif kerajaan dalam meluaskan penggunaan Internet ke seluruh pelosok Malaysia sebagai persiapan menuju ke teknologi 5G. Rancangan ini termasuk memansuhkan Rangkaian 3G dan menerajui pembaharuan dan peningkatan pengalaman jalur lebar

Pemansuhan 3G

Objektif kami adalah untuk memastikan seluruh negara berpeluang menikmati pengalaman perhubungan Rangkaian 4G berkualiti kami. Menjelang 2021, Rangkaian 3G kami akan ditamatkan secara beransur agar lebih ramai warga dapat berhubung sepenuhnya melalui Rangkaian 4G.

Peluasan 4G untuk semua

Peluasan 4G untuk semua Rangkaian 4G kami akan dikembangkan ke serata tempat secara progresif dengan tujuan untuk meningkatkan liputan seluruh negara dan mencapai pengalaman jalur lebar berkualiti untuk pelanggan.

Ketibaan 5G

Dalam usaha dasar pelaksanaan 5G pada masa akan datang, kami sedang meneliti beberapa rakan kerjasama teknologi yang berpotensi dalam membentuk pengalaman yang lebih bermakna buat para pelanggan.

Objektif Kebangsaan JENDELA 2020 - 2022

JENDELA akan dilaksanakan melalui fasa

Fasa 1
• Peningkatan liputan 4G dari 91.8% ke 96.9% di kawasan berpenduduk.
• Peningkatan kepantasan jalur lebar mudah alih dari 25 Mbps ke 35Mbps.
• Naik taraf daripada 3G ke 4G untuk pengalaman Internet yang lebih berkualiti.

Fasa 2
• Setelah Rangkaian 4G mengambil tempat di seluruh negara, kami akan mula memperkenalkan teknologi 5G (apabila objektif Fasa 1 telah dicapai).
• Bagi menerajui Malaysia menjadi negara digital yang lebih mantap, Rangkaian 5G akan diutamakan buat manfaat perniagaan dan industri, seterusnya diikuti oleh seluruh rakyat.

Kami akan terus menaik taraf infrastruktur dan teknologi 4G bagi meningkatkan pengalaman yang berkualiti buat anda

Nikmati pengalaman Rangkaian 4G yang lebih baik dengan Digi

Segalanya lebih baik melalui Rangkaian Mudah Alih terpantas. Ketahui lebih lanjut tentang rangkaian kami.

Rangkaian 4G yang lebih baik di mana jua anda berada

Kami sentiasa meningkatkan dan menaik taraf rangkaian, supaya anda boleh menikmati pengalaman perhubungan Internet lancar.
Ketahui lebih lanjut tentang status perkembangan Rangkaian 4G kami.

Alami liputan 4G menyeluruh tanpa gundah

Kini anda tidak perlu risau dengan radiasi risiko rendah sambil menikmati rangkaian pantas kami.

Tonton video di bawah untuk mengetahui manfaat 4G kepada setiap warganegara Malaysia

Rangkaian Mudah Alih Terpantas di Malaysia membolehkan anda #BuatLebihL4Gi dengan Digi 4G

Nikmati Internet yang lebih lancar dengan mudah

Spesifikasi & Prestasi Penanti

Ketahui lebih lanjut mengapa RAM, storan dan bateri telefon pintar anda boleh mempengaruhi tahap kualiti komunikasi anda.

Lokasi Pengguna

Fahami bagaimana penyambungan anda terjejas setiap kali anda berada di lokasi dalaman, di rumah, atau di bangunan tinggi.

Keadaan Cuaca

Kami akan membantu anda memahami mengapa hari hujan boleh memberi kesan pada kesambungan rangkaian anda.

Spesifikasi & Prestasi Penanti

Ketahui lebih lanjut mengapa RAM, storan dan bateri telefon pintar anda boleh mempengaruhi tahap kualiti komunikasi anda.

Lokasi Pengguna

Fahami bagaimana penyambungan anda terjejas setiap kali anda berada di lokasi dalaman, di rumah, atau di bangunan tinggi.

Keadaan Cuaca

Kami akan membantu anda memahami mengapa hari hujan boleh memberi kesan pada kesambungan rangkaian anda.