Bagaimana saya mengaktifkan SIM?

Jika anda ingin bertukar ke Digi:

  1. Pertama, simpan kad SIM lama anda di dalam telefon dan sila tunggu untuk SMS yang akan dihantar bagi pengesahan penukaran rangkaian daripada pembekal terkini perkhidmatan telefon anda. Balas dan sahkan penukaran rangkaian anda.
  2. Apabila anda kehilangan isyarat untuk kad SIM anda yang lama, anda boleh bertukar kepada kad SIM Digi yang baharu dan anda boleh menikmati servis kami!
  3. Setelah berjaya diaktifkan, SMS akan dihantar selepas SIM anda diaktifkan untuk anda melengkapkan Insurans Pengaktifan Dalam Talian. Ketahui lebih lanjut di sini > http://digi.my/iab

Jika anda membeli talian yang baharu:

Kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik dalam tempoh masa 1 jam selepas penghantaran kad SIM. Jika kad SIM anda tidak diaktifkan dalam tempoh masa ini, anda boleh mengaktifkannya sendiri. Setelah berjaya diaktifkan, SMS atau email akan dihantar serta-merta untuk anda melengkapkan Insurans Pengaktifan Dalam Talian. Ketahui lebih lanjut di sini > http://digi.my/iab