Apa itu #MYBaikHati?

#MYBaikHati adalah kempen pengumpulan peranti daripada orang ramai (crowdsourcing) yang diterajui bersama oleh sektor telekomunikasi untuk menyediakan alat pembelajaran digital bagi pelajar-pelajar sekolah daripada keluarga B40/ berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan pembelajaran digital mereka. -Kempen ini mengumpul peranti terpakai seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba daripada orang ramai untuk diguna semula oleh pelajar daripada isi rumah B40.

Kempen ini merupakan satu inisiatif tambahan di samping inisiatif kerajaan - Tabung Cerdik sedia ada, yang melibatkan 13 buah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang telah menyumbang RM150juta secara kolektif bagi pembiayaan komputer riba dan sambungan data kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah.