Apakah syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kempen ini?

Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan TIME dotCom akan menjalankan kempen pengumpulan peranti terpakai atau crowdsourcing - ini di pusat jualan terpilih masing-masing atau menerusi saluran lain. Kempen ini akan dimulakan sebagai inisiatif perintis di Lembah Klang dan akan diperluaskan secara progresif untuk meliputi negeri-negeri lain. Kempen ini dijalankan secara kolaborasi bersama industri dan disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).