Bagaimanakah kempen pengumpulan peranti terpakai/crowdsourcing dilakukan?

Sebagai permulaan, Digi akan mengumpulkan peranti terpakai daripada warga kerjanya dan kemudian membuka saluran pengumpulan kepada pelanggan Digi serta masyarakat umum. Orang ramai digalakkan untuk menderma peranti yang masih berfungsi tetapi tidak lagi digunakan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan peranti digital untuk kegunaan pembelajaran dalam talian.

Proses atau kaedah menderma peranti terpakai boleh dirujuk di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Oleh sebab, fasa perintis akan bermula di Lembah Klang, penderma di kawasan ini mempunyai dua pilihan untuk menderma peranti terpakai mereka:Proses atau kaedah menderma peranti terpakai boleh dirujuk di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Oleh sebab, fasa perintis akan bermula di Lembah Klang, penderma di kawasan ini mempunyai dua pilihan untuk menderma peranti terpakai mereka:

  1. Memohon khidmat pengambilan oleh rakan logistik Digi dari lokasi penderma (seperti dari rumah). Penderma perlu mendaftar dan mengemukakan hasrat mereka untuk menderma melalui borang dalam talian yang boleh didapati di halaman Kempen Yellow Heart #MYBaikHati. Setelah mendaftar, syarikat logistik akan menghubungi penderma untuk mengesahkan tarikh dan masa pengambilan; ATAU;
  2. Menyerahkan peranti di tempat pengumpulan Digi yang terpilih - Digi Store Klang atau Digi Store Cheras.