Mengapa kempen ini diperkenalkan dan siapa yang akan mendapat manfaat daripadanya?

Kempen ini diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, untuk memberi peluang kepada mereka - menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah. Penerima manfaat kempen ini adalah pelajar daripada isi rumah B40 yang terletak di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih Digi.

Kempen ini juga selari dengan agenda pendidikan nasional jangka masa panjang untuk menyediakan pembelajaran digital di Malaysia. Pada tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan platform Digital Education Learning Initiative Malaysia(DELIMa) untuk membantu pelajar dan guru menguasai pembelajaran digital. Krisis Covid-19 secara tidak langung telah memaksa peralihan ke pengajaran dan pembelajaran dalam talian, dan harapan kami menerusi kempen ini adalah untuk mewujudkan akses digital yang lebih baik kepada pelajar-pelajar daripada kalangan B40.