Peranti apakah yang boleh diderma?

Peranti yang boleh diderma mestilah berfungsi tanpa kerosakan besar (seperti kerosakan skrin atau papan induk/motherboard). Peranti yang mempunyai masalah kecil (seperti papan kekunci tidak berfungsi, bateri tidak berfungsi dan sebagainya) masih boleh diterima. Digi akan mengumpulkan peranti pintar terpakai (telefon pintar, tablet) yang menyokong 4G/LTE dan juga komputer riba serta chromebook yang menyokong Windows 8 ke atas. Kami menggalakkan penderma untuk turut menderma pengecas (jika ada) bersama peranti.

Peranti yang TIDAK diterima termasuklah komputer meja (desktop), telefon bimbit (bukan telefon pintar), telefon pintar 3G dan peranti atau aksesori elektronik lain (seperti pemain mp3, konsol permainan, tetikus, papan kekunci, dll.)