Digi Abadi Support

Support Detail

Bolehkah saya memilih MSISDN yang saya mahukan?

Tidak. Anda akan menerima MSISDN yang diberikan secara rawak semasa anda membeli dalam talian.

Berapakah kos penghantaran?

Penghantaran adalah percuma.

Berapa lamakah tempoh penghantaran kad SIM?
Saya berumur di bawah 12 tahun atau saya mempunyai 5 talian prabayar Digi dan saya telah membuat pembayaran untuk pelan Prabayar Digi Abadi baharu. Adakah talian saya akan didaftarkan?

Tidak, pendaftaran anda akan ditolak. Kami akan memaklumkan anda dan mengembalikan jumlah yang telah dibayar kepada anda.

Bagaimanakah saya mengaktifkan SIM?

Sila ikut Langkah-langkah ini untuk mengaktifkan Digi Abadi:

  1. Masukkan SIM dan buat panggilan pertama ke mana-mana nombor. Anda akan diminta untuk memilih bahasa anda dan SIM anda akan diaktifkan
  2. Tambah nilai sebanyak RM28 dan aktifkan Digi Abadi dengan mendail *128#
  3. SMS/ Emel akan dihantar kepada anda pada keesokan harinya untuk anda melengkapkan Pengaktifan Insurans secara dalam talian. Untuk info selanjutnya sila layari > http://digi.my/iab

Nota: Jika anda mempunyai masalah dengan penyambungan internet selepas proses pengaktifan, restart fon atau hidupkan dan matikan airplane mod. Jika anda masih mempunyai masalah, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Digi di 016 221 1800.

Adakah insurans saya diaktifkan secara automatik selepas saya mendaftar untuk pelan ini?

Tidak, anda perlu mengaktifkan Perlindungan Insurans Hayat melalui laman web AXA dengan berjaya menjawab soalan Pengisytiharan Kesihatan. Pautan laman web akan dihantar kepada anda melalui SMS (62033) dan e-mel (connect.digital@axa-life.com.my) satu (1) hari selepas SIM diaktifkan. Sila rujuk kepada Seksyen 2 (Section 2) untuk maklumat lanjut mengenai insurans.