Digi Abadi Support

Support Detail

Adakah insurans saya akan diaktifkan secara automatik selepas saya mendaftar untuk pelan ini?

Tidak, anda perlu mengaktifkan Perlindungan Insurans Hayat anda melalui laman web AXA dengan menjawab soalan Pengisytiharan Kesihatan. Pautan laman web akan dihantar kepada anda melalui SMS (62033) dan e-mel (connect.digital@axa-life.com.my) satu (1) hari selepas SIM diaktifkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://digi.my/iab

Saya telah melengkapkan Pengisytiharan Kesihatan di laman web AXA. Bagaimanakah saya mengetahui jika polisi saya telah diaktifkan?

Anda akan menerima SMS dan e-mel dari AXA dengan status Perlindungan Insurans Hayat anda. Sebagai alternatif, anda boleh log masuk ke Portal Pelanggan AXA myaxa.co/customer untuk menyemak status anda.

Apakah yang akan terjadi kepada Perlindungan Insurans Hayat saya jika saya tidak memperbaharui pelan Internet saya?
  • Perlindungan Insurans Hayat anda akan digantung apabila anda gagal memperbaharui pelan Internet anda. Anda akan menerima peringatan melalui SMS dua (2) hari sebelum pembaharuan.
  • Pelanggan yang gagal untuk memperbaharui dalam masa 30 hari selepas pelan internet tamat tempoh akan diminta untuk melengkapkan Pengisytiharan Kesihatan semula sebelum Perlindungan Insurans Hayat mereka dikembalikan. Pautan laman web untuk melengkapkan langkah ini akan dihantar kepada anda melalui SMS (62033) dan e-mel connect.digital@axa-life.com.my selepas anda memperbaharui Internet.
Bagaimanakah saya mahu menyemak jika saya masih dilindungi dengan insurans atau tidak?

Anda boleh log masuk ke Portal Pelanggan AXA myaxa.co/customer untuk menyemak status Perlindungan Insurans Hayat anda.

Apakah terma Perlindungan Insurans?

Insurans ini melindungi sehingga individu yang diinsuranskan berumur 61 tahun, dengan syarat individu tersebut kekal aktif. Jangan risau, anda masih boleh menikmati servis telco sehingga akaun anda ditamatkan.

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya tidak menerima pautan laman web melalui SMS atau e-mel dari AXA?

Anda boleh menghubungi customer support AXA Life Insurance melalui e-mel ebsupport.digi@axa-life.com.my

Saya dapat mesej yang mengatakan ““RALAT: Sila memperbaharui langganan internet anda untuk terus menikmati perlindungan insurans anda” daripada Microsite AXA. Apakah maksud mesej ini dan bagaimanakah untuk mendaftar untuk Insurans?

Ini bermakna pautan untuk anda mengaktifkan insurans anda telah tamat tempoh. Jangan bimbang, pastikan anda memperbaharui pelan anda pada masanya dan AXA Life Insurance akan menghantar kepada anda satu pautan untuk mengaktifkan Insurans secara dalam talian pada keesokan harinya. Nota: Pengguna hanya mempunyai 5 hari sahaja selepas menerima SMS pengaktifan untuk melengkapkan Pengaktifan Insurans secara dalam talian. Ini hanya boleh dilakukan untuk 3 pembaharuan pertama sahaja.

Bagaimanakah saya mahu memeriksa butiran polisi dan mengetahui sama ada insurans saya aktif atau tidak?

Anda boleh menyemak status anda melalui Portal Pelanggan AXA myaxa.co/customer.

Bagaimanakah saya melengkapkan proses penamaan?

Pengguna boleh melengkapkan penamaan di Portal Pelanggan AXA myaxa.co/customer dengan mengikuti langkah-langkah berikut:-

  1. Skrol ke bawah ke bahagian penamaan
  2. Klik untuk menukar penama
  3. Isi butiran penama anda
  4. Klik Simpan (Save) dan Selesai (Done)
Bolehkah saya menukar penama?

Anda boleh menukar penama anda dengan menghantar e-mel kepada customer support AXA Life Insurance di ebsupport.digi@axa-life.com.my

Bagaimanakah penama/penerima saya membuat tuntutan?

Mereka boleh menghubungi talian AXA Life Insurance di 1300-88-1616 atau dengan menghantar e-mel kepada ebsupport.digi@axa-life.com.my. Proses tuntutan juga dijelaskan di Portal Pelanggan AXA myaxa.co/customer.

Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai isu mengenai insurans?

Untuk sebarang pertanyaan mengenai insurans anda, anda boleh menghubungi customer support AXA Life Insurance melalui e-mel ebsupport.digi@axa-life.com.my.

Adakah insurans saya akan diteruskan jika saya menamatkan pelan Prabayar Digi Abadi?

Tidak. Perlindungan Insurans Hayat AXA anda juga akan ditamatkan.

Bolehkah AXA menolak langganan/pembaharuan saya?

Ya. AXA berhak menolak/membatalkan Perlindungan Insurans Hayat dengan memberikan notis bertulis jika kamu tidak memenuhi ciri-ciri pengunderaitan.