Digi Abadi Support

Support Detail

Apakah keistimewaan Prabayar Digi Abadi?

Dengan harga serendah RM20/bln, Prabayar Digi Abadi menyediakan:

  • Perlindungan Insurans Hayat sebanyak RM40,000
    • Kematian: RM30,000
    • Kematian akibat kemalangan: RM8,000
    • Perbelanjaan Pengebumian: RM2,000
  • Kuota Internet 3GB
  • 10 sen/min ke semua rangkaian untuk panggilan dan SMS
  • Bonus kesetiaan: Tambahan RM5,000 untuk Insurans Hayat dan kuota Internet 1GB dengan setiap pembaruan kali ke 13, kali ke 25 dan kali ke 37

Ciri-ciri penting yang lain termasuk:

  • Tempoh aktif akaun 365-hari
  • Baki kuota Internet (Asas) pada setiap bulan boleh digunakan untuk bulan yang seterusnya (sehingga 999GB)
Mengapakah saya patut mendaftar untuk pelan ini?
  • Untuk melindungi keluarga anda sekiranya anda tiada lagi untuk menyediakan keperluan mereka
  • Jika anda sudah mempunyai polisi insurans yang lain, pelan hebat ini memberikan anda perlindungan tambahan
  • Mengapa? Andai kata anda kekal aktif untuk 20 tahun yang akan datang dan telah membayar RM4,800, keluarga anda boleh mendapatkan perlindungan berjumlah sehingga RM55,000
  • Tiada kos tambahan atau komitmen. Anda hanya perlu membayar 1 harga untuk mendapatkan Internet dan insurans
Dimanakah saya boleh mendaftar?
Siapakah yang layak mendaftar untuk pelan ini?
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 30 – 55 tahun
  • Tidak mempunyai ketidakupayaan, peyakit serius, mengambil ubat jangka panjang, sedang dalam siasatan perubatan atau dimasukkan ke hospital dalam 12 bulan terakhir
Berapakah talian yang boleh saya mendaftar dengan pelan ini?

Setiap pelanggan hanya layak untuk mendapatkan satu (1) talian dan satu (1) Perlindungan Insurans Hayat.

Saya bukan pelanggan Digi; bolehkah saya mendaftar untuk pelan ini dan kekalkan nombor telefon saya?

Tidak, kami tidak menyediakan perkhidmatan ini di Digi Store Online. Namun, perkhidmatan tersebut akan disediakan pada masa yang akan datang.

Saya seorang pelanggan Prabayar Digi atau Pascabayar Digi; bolehkah saya mendaftar untuk pelan ini dan kekalkan nombor telefon saya?

Tidak, pelan ini hanya terbuka kepada pendaftaran baharu.

Berapakah yang saya perlu bayar untuk mendapatkan pelan ini?
  • Anda perlu membayar RM28 untuk pendaftaran. Pendaftaran ini merangkumi Perlindungan Insurans Hayat berjumlah RM40,000 + kuota Internet 3GB untuk tempoh sah akaun selama 30 hari.
  • Pelan Internet ini seterusnya akan diperbaharui pada harga RM20 supaya anda boleh terus menikmati Perlindungan Insurans Hayat berjumlah RM40,000 dan kuota Internet 3GB untuk 30 hari lagi. Kuota Internet (Asas) yang tidak digunakan akan dipindahkan ke bulan seterusnya sekiranya anda memperbaharui kuota Internet anda tepat pada waktunya.
Adakah pelan saya perlu kekal aktif supaya saya layak mendaftar untuk Perlindungan Insurans Hayat?

Ya. Perlindungan Insurans Hayat termasuk dalam pelan Internet anda untuk anda dapat menikmati perlindungan insurans ini sambil kekal berhubung dengan kami.

Adakah pelan Internet saya akan diperbaharui secara automatik apabila tempoh aktif internet saya berakhir?

Ya. Pelan anda akan diperbaharui secara automatik apabila tempoh aktif internet berakhir. Anda akan menerima peringatan melalui SMS dua (2) hari sebelum pelan anda diperbaharui. Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi (contoh: RM20).

Apakah itu bonus kesetiaan?

Bonus kesetiaan adalah ganjaran berdasarkan jangka masa di mana pelanggan dapat menikmati Perlindungan Insurans Hayat dan kuota Internet tambahan selepas setiap dua belas (12) kitaran pembaharuan untuk 3 tahun akan datang seperti yang tertera di bawah:

Bilangan PembaharuanKuota InternetInsurans Hayat
  KematianKematian Akibat Kemalangan Kenderaan BermotorPerbelanjaan untuk Pengebumian
  • 1 – 12 kali (Asas)
  • 13 – 24 kali
  • 25 – 36 kali
  • Lebih daripada 36 kali
3GB)
4GB (+1GB)
5GB (+1GB)
6GB (+1GB)
RM30,000
RM35,000(+5k)
RM40,000(+5k)
RM45,000(+5k)
RM8,000RM2,000
Pelan ini mempunyai 365 hari tempoh sah akaun. Apakah maknanya?

Selepas anda mengaktifkan SIM, status kad SIM anda akan dikemas kini kepada status ‘Aktif’ yang akan berkekalan sehingga jangka masa selama 365 hari. Status ‘Aktif’ bermakna pengguna boleh membuat dan menerima panggilan atau SMS sekiranya mereka mempunyai baki kredit.

Adakan tempoh sah akaun saya akan diperbaharui secara automatik untuk 365 hari lagi sekiranya sudah tamat tempoh?

Tidak, SIM anda akan kembali kepada tempoh SIM standard bermakna ia akan terikat dengan tambah nilai dimana RM1 = 1 hari. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli 365 hari tempoh sah akaun hanya untuk RM8 melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *100#.

Bolehkah saya menambah kuota Internet asas saya?
  • Ya, kuota Internet tambahan adalah seperti berikut:
    • 1GB-RM5
    • 3GB-RM10
    • 7GB-RM20
  • Anda boleh membeli melalui aplikasi MyDigi atau dail *200# untuk melanggan.