Penebusan Support

Support Detail

Bagaimanakah saya boleh menebus RM15 x 12 bulan saya ?

Setelah berjaya mendaftar, RM15 akan diberikan secara terus (dalam masa 4 jam) sebagai kredit internet. Kemudian anda perlu membeli pelan Prepaid yang layak dengan kredit internet RM15 yang diberikan. Kredit internet RM15 akan diberikan pada 1hb setiap bulan selama 11 bulan yang berikutnya sampai anda berjaya menebus RM15 sebanyak 12 kali atau hingga akhir program ini.

Contohnya, semasa anda membeli pelan yang berharga RM35, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai kredit internet RM15 dan anda mempunyai baki kredit minimum RM20. Setelah dibeli, RM15 akan ditolak terlebih dahulu diikuti dengan RM20 dari kredit anda.

Bagaimanakah saya boleh menebus 2GB (sejam setiap hari) percuma?

2GB (sejam) percuma akan diberikan setiap hari setelah anda membeli tawaran yang layak dengan menggunakan kredit internet RM15 yang diberikan. Anda perlu menuntut 2GB setiap hari melalui aplikasi MyDigi http://digi.my/prihatin-preinbox atau dail *888*1#.

Berapa kali saya boleh menebus faedah program Jaringan Prihatin?

Sila rujuk jadual di bawah:

FaedahKekerapan Penebusan
RM15 Kredit InternetSebulan sekali selama 12 bulan
2GB Internet Pantas1 jam setiap hari selama 12 bulan
Bilakah saya perlu menebus faedah program Jaringan Prihatin saya?

Anda boleh menebus pada bila-bila masa setelah kredit internet RM15 telah diberikan.

Bolehkah saya menggabungkan faedah Jaringan Prihatin Program RM15 kredit internet saya?

Tidak, anda hanya boleh menuntut kredit internet RM15 sebulan sekali.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal menggunakan kredit internet RM15 untuk membeli pelan yang layak dalam bulan tertentu?

Anda layak untuk menebus 12 kali sepanjang tempoh program. Sekiranya anda gagal menggunakan kredit internet RM15, ia tidak akan diambil kira dalam jumlah penebusan anda. Anda akan menerima kredit internet RM15 setiap bulan dari tarikh pendaftaran anda sehingga 31 Julai 2022 selagi anda belum memenuhi 12 tuntutan.

Apakah pelan Prepaid yang layak untuk program Jaringan Prihatin?

Pelan Prepaid yang bernilai RM30 dan ke atas turut layak untuk program Jaringan Prihatin. Sila rujuk senerai penuh di bawah.

Prepaid (Plan CV > RM30)
NEXTBig BonusLegacy MonthlyKaki SocialSuper Terrerrr
Next 30biGBonus 28*Digi Monthly
Plan 50
Kaki Social 30Super Tererrr 40
Next 35biGBonus 30Monthly 30Kaki Social 40Super Tererrr 60
Next 45biGBonus 35Monthly 38Kaki Social 50 
Next 55biGBonus 38Monthly 35Kaki Social 70 
Next 15 (ECKP + Pahang only)biGBonus 40 Kaki Social 90 
 biGBonus 45   
 biGBonus 48   
 biGBonus 50   
 biGBonus 68   
 biGBonus 70   
 biGBonus 90   

* Termasuk biGBonus 28

Bolehkah saya menuntut faedah program Jaringan Prihatin jika talian Prepaid saya disekat/ditangguhkan?

Anda perlu mengaktifkan semula talian anda terlebih dahulu.