desktop_image

Tahukah Anda?

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
 

Wangiri Panggilan Palsu atau Memancing Data Penipuan Media Sosial Penipuan SMS Malware
Malware

Apa itu Malware?

Perisian berbahaya yang tersembunyi sebagai aplikasi yang sah di telefon anda.

 

Malware

 Modus Operandi

Tidak seperti dalam komputer, perisian malware dalam telefon lebih bersifat ‘di belakang tabir’ dan kebiasaannya tidak dapat dikesan. Perisian ini boleh beroperasi secara senyap mencuri maklumat peribadi anda, malah mengaktifkan kamera dan mikrofon tanpa pengetahuan anda.
 

What to look out for ?

Apakah yang perlu diperhatikan?

  • Muncul iklan pada telefon anda. 
  • Bateri cepat habis.
  • Aplikasi dan caj yang tidak diketahui.
 

Bagaimana harus anda bertindak?

Hanya muat turun aplikasi rasmi dari laman aplikasi yang rasmi.
Kemas kini telefon pintar anda.
Imbas peranti anda untuk mengesan virus dan padam aplikasi secara manual atau setsemula peranti pada tetapan kilang.

MALWARE #1

Anda perasan satu iklan tentang permainan yang menarik pada laman web yang anda layari. Anda terus tertarik dan ingin memuat turun di telefon anda. Apabila anda klik pada iklan tersebut, ianya hanya boleh di muat turun di laman web parti ketiga dan tiada di store aplikasi yang sah.

Apakah yang harus anda lakukan?

MALWARE #2

Anda ternampak banyak iklan pop-ups di telefon anda. Rata-ratanya adalah tawaran percuma dengan perkhidmatan yang diragui., seperti “Nasihat Kewangan Percuma” atau “Baca Minda Percuma”.

Apakah yang harus anda lakukan?

MALWARE #3

Anda baru saja memuat turun aplikasi kecergasan yang memerlukan anda untuk menggunakan kamera dan akses galeri anda, walaupun tiada ciri di aplikasi itu yang memerlukan semua ini.

Apakah yang anda lakukan?

 

Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda

Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!

 

Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.

Laporkan Penipuan

Baca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.

Ketahui Lebih Lanjut

 

 

Yellow Heart

Inisiatif oleh Digi Yellow Heart

Ketahui lebih lanjut tentang Yellow Heart