desktop_image

Tahukah Anda?

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
 

Wangiri Panggilan Palsu atau Memancing Data Penipuan Media Sosial Penipuan SMS Malware
SMS scam

Apa itu Penipuan SMS?

SMS yang dikirim daripada nombor yang tidak dikenali untuk mempromosi perniagaan atau perkhidmatan langganan.

 

SMS scam

 Modus Operandi

Sindiket cuba memperdaya anda dengan mempromosikan perkhidmatan langganan SMS yang akan mengenakan bayaran harian,mingguan atau bulanan. Mereka mungkin cuba melakukan helah terhadap anda untuk memberikan maklumat peribadi seperti butiran akaun bank.
 

What to look out for

Apakah yang perlu diberi perhatian?

Tawaran atau promosi daripada nombor yang tidak dikenali, biasanya daripada nombor kod pendek. SMS yang mengandungi pautan luaran untuk anda klik agar dapat melihat lebih banyak tawaran.

 

Bagaimana harus anda bertindak?

Baca SMS dengan teliti sebelum memberikan persetujuan untuk menerima perkhidmatan yang ditawarkan.
Jangan klik sebarang pautan dalam SMS tersebut.
Jangan melanggan sebarang perkhidmatan daripada SMS yang mencurigakan.

Penipuan SMS #1

Anda menerima SMS daripada nombor lima-kod yang menyatakan bahawa anda boleh memuat turun secara PERCUMA satu permainan baharu dan menarik. Langkah-langkah untuk menebus tawaran tersebut agak mudah, di mana anda hanya perlu membalas YA sahaja.

Apakah yang anda patut lakukan?

Penipuan SMS #2

Anda menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali, bertanya “Hai, saya terjumpa gambar dari dalam talian dan berfikir mungkin awak harus tahu mengenainya. Adakah ini awak? [pautan].” Anda berasa bimbang, tertanya-tanya dan cemas dengan apa yang mungkin berlaku,

jadi apakah yang harus anda lakukan?

Penipuan SMS #3

Anda menerima SMS daripada rakan anda, tetapi melalui nombor yang tidak dikenali. Beliau memberitahu bahawa beliau telah kehilangan telefon dan kini menggunakan telefon lain buat sementara waktu, serta memutuskan untuk menghubungi anda kerana beliau mengingati nombor anda. Kemudian, beliau memberitahu bahawa beliau telah ditimpa musibah tanpa memperincikannya, dan meminta untuk meminjam RM500 daripada anda supaya beliau dapat keluar daripada kesusahan yang dihadapi. Beliau cuba meyakinkan anda bahawa beliau akan membayar semula secepat mungkin.

Apakah yang harus anda lakukan seterusnya?

 

Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda

Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!

 

Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.

Laporkan Penipuan

Baca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.

Ketahui Lebih Lanjut

 

 

Yellow Heart

Inisiatif oleh Digi Yellow Heart

Ketahui lebih lanjut tentang Yellow Heart