General - Terms & Conditions

Cookie Notice (BM)

NOTIS KUKI

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA?

Kami mengumpul maklumat secara automatik melalui penggunaan kuki, tag piksel (juga dikenali sebagai piksel tunggal (clear gifs) atau suar web (web beacon)), alat rangkaian analitis digital dan teknologi lain yang serupa apabila anda melawat dan/ atau menggunakan perkhidmatan dalam talian kami.

Pihak ketiga yang terpilih juga meletakkan kuki atau tag piksel mereka di laman web kami. Penggunaan teknologi ini oleh pihak ketiga tertakluk pada dasar privasi mereka dan tidak dilindungi oleh notis privasi ini, kecuali bagi tujuan seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Cookies

1.1. Kuki adalah fail teks yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang boleh dihantar oleh laman web ke penyemak imbas anda, dan kemudiannya akan disimpan dalam komputer anda sebagai tag tanpa identiti yang mengenal pasti komputer anda tetapi bukan anda.

1.2. Laman web kami menggunakan 3 jenis kuki bagi tujuan yang berbeza, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Kuki Fungsi;
  • Kuki Analitis; dan
  • Kuki Pengiklanan.
Jenis kuki Nama kuki Siapa yang menguruskannya Apa yang dilakukannya Bagaimana untuk menyekatnya
Kuki yang amat diperlukan. Kuki ini diperlukan supaya anda dapat menikmati perkhidmatan yang ada dalam laman web kami dan juga menggunakan beberapa fungsi yang ada, seperti akses ke laman yang selamat. Tanpa kuki ini, perkhidmatan seperti raga beli-belah dalam talian dan halaman akaun pelanggan yang terjamin, tidak dapat dinikmati. Tidak berkaitan Tidak berkaitan Menyimpan maklumat mengenai pilihan anda untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang relevan pada lawatan anda seterusnya.

Tidak berkaitan

Kuki ini sangat diperlukan untuk memastikan laman web berfungsi. Tiada pilihan keluar tersedia.

Kuki Fungsi.  Kuki ini menyimpan maklumat mengenai pilihan yang telah anda lakukan yang membolehkan kami menyesuaikan laman web untuk anda. Sebagai contoh, kuki ini membolehkan kami untuk:

  • Menyimpan lokasi pilihan anda jika anda telah menetapkan lokasi di halaman utama;
  • Mengingati tetapan yang telah anda gunakan, seperti susun atur, saiz teks, pilihan dan warna; serta
  • Memberi makluman apabila anda log masuk

LoginMsisdn

dsoUser

loginEmail

loginUserId

Digi Menyimpan maklumat mengenai pilihan anda untuk membolehkan kami memberi perkhidmatan yang relevan pada lawatan anda yang seterusnya

Tidak berkaitan

Kuki ini sangat diperlukan untuk memastikan laman web berfungsi. Tiada pilihan keluar tersedia.

Kuki Analitis. Kuki ini mengumpulkan maklumat yang digunakan sama ada dalam bentuk agregat untuk membantu kami memahami bagaimana laman web digunakan atau keberkesanan kempen pemasaran kami, atau membantu kami dalam menyesuaikan laman web untuk anda. Maklumat ini juga akan digunakan untuk tujuan menilai penggunaan laman web oleh anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web dan analisa lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web serta penggunaan Internet. Google Analytics/ Google Tag Manager Google Mengukur interaksi pengguna terhadap kandungan laman web.

Anda boleh menghentikan mana-mana kuki ini dengan memilih keluar.

Dengan berbuat demikian, penjejakan analisis web tidak akan aktif.

Kuki Pengiklanan. Kuki ini digunakan untuk membuatkan mesej pengiklanan lebih relevan kepada anda. Teknologi ini berfungsi menghalang iklan yang sama daripada terus dipaparkan, memastikan iklan dipaparkan dengan betul dan dalam beberapa perkara, kuki ini memilih iklan berdasarkan minat anda.

Pengesan Penukaran dan Pemasaran Semula Facebook

Pengesan Penukaran dan Pemasaran Semula Google Adwords

Comscore

Scorecard

Facebook

Google

Google

Comscore

Mengesan lawatan ke laman web, iklan, e-mel, penukaran jualan dan jenis aktiviti lain di web.

Anda boleh menghentikan fungsi kuki ini dengan memilih keluar daripada menerima paparan iklan menerusi pilihan tetapan di Google dan Facebook anda.

Sekiranya anda memilih keluar daripada kuki ini, anda masih menerima paparan iklan di laman web kami, tetapi iklan tersebut tidak akan disesuaikan dengan minat anda.

1.3. Maklumat yang kami kumpulkan dari kuki pengiklanan dan analitis disimpan bagi setiap sesi, tetapi kuki fungsi boleh ditetapkan untuk menyimpan pilihan anda apabila anda melayari laman web kami untuk lawatan yang seterusnya.

1.4. Anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk memberikan notifikasi sebelum anda menerima kuki, supaya anda mempunyai pilihan untuk menerima kuki atau tidak. Untuk kebanyakan jenis kuki, termasuk yang kami gunakan bagi tujuan analitis dan pengiklanan, anda berhak untuk memberitahu kami bahawa anda tidak mahu menggunakannya apabila anda melawat laman web kami. Anda juga boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menghentikan kuki; walau bagaimanapun, jika anda melakukan langah tersebut, ciri-ciri tertentu di beberapa laman web kami berkemungkinan tidak berfungsi dengan sempurna.

1.5. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kuki, sila layari www.aboutcookies.org.

2. Tag piksel

2.1. Tag piksel juga dikenali sebagai piksel tunggal (clear gifs) atau suar web (web beacon), adalah tag yang tidak kelihatan dan digunakan di halaman tertentu dalam laman web kami. Apabila anda mengakses halaman tersebut, tag piksel menghasilkan notis generik mengenai lawatan tersebut. Kebiasaanya, tag piksel berfungsi bersama dengan kuki dan merekod apabila komputer melawat sesuatu halaman. Jika anda menghentikan kuki, tag piksel hanya akan mengesan lawatan laman web yang tidak dikenali.

2.2. 'Piksel pintar' adalah fail grafik kecil yang mengandungi ciri pengecaman unik digunakan dalam e-mel. Kami mungkin menggunakan piksel pintar dalam kempen e-mel atau surat berita kami. Penggunaan piksel pintar membolehkan kami mengesan sama ada penerima membaca e-mel yang dihantar atau tidak dan merekod maklumat tertentu mengenai aktiviti penerima. Pengguna yang telah menetapkan tetapan e-mel mereka untuk tidak memuat turun secara automatik imej di dalam e-mel yang diterima, tidak akan terkesan dengan piksel pintar melainkan mereka memilih untuk memuat turun imej dalam e-mel.

3. Alat Rangkaian Analitis Digital

3.1. Kami mungkin menggunakan alat rangkaian analitis digital untuk memproses dan menganalisis ciri-ciri lazim yang berkaitan dengan penggunaan anda terhadap laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami. Kami menjana atau mengekalkan profil pelanggan kami menggunakan sumber data dalaman termasuk maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, atau maklumat peribadi yang diperoleh daripada pihak ketiga yang berkaitan atau bekerjasama dengan kami. Kami boleh menggunakan maklumat tersebut untuk pelbagai tujuan, termasuk memberikan anda perkhidmatan sokongan rangkaian yang lebih baik, perkhidmatan khidmat pelanggan dan juga membawakan kempen atau kandungan pemasaran yang disasarkan atau disesuaikan kepada anda.