Jaringan Prihatin (BM) Support

Support Detail

Apakah program Jaringan Prihatin?

Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi pembelian peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.

Apakah manfaat yang saya boleh dapat daripada program Jaringan Prihatin?

Sekiranya anda warganegara Malaysia yang layak, anda boleh memilih dan menikmati satu daripada faedah di bawah bergantung kepada kriteria anda.

Berkahwin dan bujang tanpa anakBerkahwin dan bujang dengan anak di bawah 18 tahun
Subsidi 1: RM180 Rebat Pelan (Rebat RM15 sebulan x 12 bulan)Subsidi 1: RM180 Rebat Pelan (Rebat RM15 sebulan x 12 bulan)
Subsidi 2: RM180 Rebat PerantiSubsidi 2: RM300 Rebat Peranti
Siapakah yang layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin ini?

Semua warganegara Malaysia yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin.

Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada saya layak untuk program Jaringan Prihatin?

Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Untuk maklumat lanjut dan semak kelayakan anda untuk program Jaringan Prihatin, layari laman web Digi: https://digi.my/prihatin.

Bilakah saya boleh mendaftar untuk program Jaringan Prihatin?

Pendaftaran untuk program Jaringan Prihatin dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Berapa lamakah tempoh program Jaringan Prihatin?

Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 31 Julai 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

Bolehkah saya memindahkan tawaran program Jaringan Prihatin ke individu yang lain?

Tidak. Rebat Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

Bolehkan saya menukar rebat Jaringan Prihatin kepada wang tunai?

Tidak, anda tidak boleh menukar rebat kepada wang tunai.

Bolehkah saya memindahkan subsidi Jaringan Prihatin dari satu nombor ke nombor lain jika saya mempunyai lebih daripada 1 nombor telefon bimbit dengan Digi?

Tidak, subsidi Jaringan Prihatin anda terikat dengan 1 nombor telefon bimbit dan 1 MyKad individu ketika anda mendaftar untuk program Jaringan Prihatin.

Saya layak untuk program Jaringan Prihatin dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya menebus untuk kedua-dua nombor tersebut?

Anda hanya boleh menebus dengan 1 nombor telefon bimbit sahaja. Pada masa pendaftaran, anda akan diminta untuk memilih nombor telefon bimbit di mana anda ingin untuk menerima subsidi. Selepas pendaftaran, anda tidak dibenarkan untuk menukar nombor telefon bimbit.

Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya masih bujang tanpa anak?

Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan atau RM180 untuk pakej rebat peranti.

Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya masih bujang dengan anak?

Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda masih bujang dengan anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan , atau RM300 untuk pakej rebat peranti.

Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin tanpa anak?

Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda berkahwin tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan atau RM180 untuk pakej rebat peranti.

Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin dan mempunyai anak?

Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda berkahwin dan mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan , atau RM300 untuk pakej rebat peranti.

Anak-anak saya berumur lebih dari 18 tahun tetapi masih menetap di rumah saya, adakah saya layak menerima rebat peranti RM300?

Tidak, anda hanya layak menerima rebat peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.

Saya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing dan mepunyai anak. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin?

Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk pakej rebat peranti.

Bilakah tarikh akhir untuk saya menebus rebat peranti?

Tarikh terakhir untuk menebus rebat peranti ialah 31 Julai 2021.

Saya ingin menebus rebat peranti, tapi peranti pilihan saya kehabisan stok, apakah yang boleh saya lakukan?

Anda boleh menyatakan minat anda di mana-mana Digi Store dan anda akan diberitahu apabila stok peranti diisi semula.

Sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dan ingin membuat permohonan, apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk memohon kelayakan anda, sila layari https://bpr.hasil.gov.my atau 1800-88-2747 dari 15 Mei – 30 Jun 2021. Untuk perkara lain yang berkaitan dengan Digi, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi.

Bolehkah saya memohon subsidi Jaringan Prihatin sebanyak RM15 sebulan dibayar secara penuh untuk setahun bagi tujuan menyelesaikan pendahuluan atau pembelian pelan data?

Tidak, rebat Jaringan Prihatin sebanyak RM15 sebulan tidak dapat dibayar secara penuh untuk setahun bagi menyelesaikan bil atau pembelian untuk pelan data.

Apabila saya mendaftar, apakah yang akan berlaku kepada data peribadi saya?

Semua data peribadi yang disediakan untuk program Jaringan Prihatin adalah milik Kerajaan Malaysia dan akan digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.