The Big Bad Wolf Says Come Prepared To vcash Your Purchases!

Home

Press Release


December 7, 2017

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

              vcash bekerjasama dengan Big Bad Wolf Book Fair 2017 untuk membolehkan transaksi tanpa tunai yang lebih mudah dan selamat untuk pencinta buku

PETALING JAYA, 8 December 2017 - vcash hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi pesta buku Big Bad Wolf (BBW) di MIECC, The Mines dari 8 - 18 Disember 2017 boleh membuat pembelian menggunakan e-wallet vcash, yang berfungsi dengan mana-mana bank, syarikat telekomunikasi dan telefon pintar untuk transaksi yang lancar.

Andrew Yap, Pengasas BookXcess dan penganjur pesta buku BBW berkata, ''Kami ingin memberikan semua pelanggan kemudahan untuk membeli buku dengan vcash melalui aplikasi mudah alih mereka. Semua orang mempunyai telefon pintar sekarang, dan ia adalah peralatan yang sangat berguna. Dengan vcash, Digi memberikan kami peluang yang hebat untuk melaksanakan sistem bayaran tanpa tunai, dan kami sentiasa mengalu-alukan perkhidmatan baru yang memudahkan urusan pelanggan kami.''

vcash ialah kemudahan dompet (wallet) digital yang pertama ditawarkan di BBW, pesta buku terkenal di Malaysia yang telah menerima sambutan baik dari rakyat Malaysia selama 8 tahun kerana menawarkan pelbagai bahan bacaan hebat pada harga yang tiada tandingan dan boleh dibeli menggunakan wang tunai dan kad kredit.

"Kami gembira dapat menyertai acara yang besar seperti BBW dan membolehkan rakyat Malaysia menggunakan e-wallet mereka untuk menikmati pengalaman pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan selamat dengan vcash. Apabila pesta buku terbesar di Malaysia ini menawarkan vcash sebagai kaedah pembayaran terkininya, ia menandakan bahawa lebih ramai peniaga bersetuju bahawa dompet digital adalah cara yang baik untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan di tempat transaksi,'' kata Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dari Google Play Store atau Apple App store secara percuma, daftar akaun dan depositkan wang ke dalamnya, imbas kod QR BBW dan masukkan jumlah yang ingin dibayar untuk membuat bayaran. Semua transaksi akan dilengkapkan dengan PIN enam digit atau pengesahan cap jari.

Untuk mendepositkan wang ke dalam aplikasi vcash, pengguna boleh mengunjungi kedai Digi untuk melakukannya di kaunter, atau menggunakan perbankan dalam talian melalui FPX atau JomPAY. vcash disokong oleh rangkaian luas tempat-tempat deposit yang terdiri daripada lebih 300 Kedai dan pengedar Digi, dan platform perbankan internet 21 bank peruncitan di Malaysia melalui FPX dan JomPAY.

Pengunjung BBW yang menggunakan vcash untuk melakukan transaksi di BBW akan menerima manfaat berikut:
   

         
  • RM10 pulangan tunai segera apabila anda membelanjakan RM150 dengan vcash,
  •      
  • Depositkan RM100 ke dalam vcash dan dapatkan beg tote edisi khas secara percuma yang boleh dituntut di kaunter vcash (sementara stok masih ada).
  •   Â